Skip to main content

Prompt Writing #3

 Hari itu di Kerajaan Devoria muram tatkala pemerintahnya, Raja Dhemer Vitale mangkat. Seisi golongan kerabat masih lagi tidak keluar dari istana. Berita tentang kemangkatan Raja Dhemer sesuatu yang mengejutkan. Menurut setiausaha istana, Raja Dhemer mangkat dalam tidur.


Aneh sebenarnya sedangkan mereka semua tahu kesihatan Raja Dhemer baik baik saja. Disebalik sedihnya dengan berita itu, tular pula sesuatu dalam kalangan rakyat. Siapa yang akan jadi Raja mereka?


Apa yang mereka semua tahu, Raja Dhemer punya seorang puteri tunggal. Semenjak Permaisuri Eoris mangkat sewaktu melahirkan puterinya, Raja Dhemer tak pernah ada keinginan untuk mempunyai permaisuri baru. Hanya puteri mereka saja yang selayaknya menjadi permaisuri Kerajaan Devoria. Tapi satu masalah pula muncul.


Mereka semua tak pernah lihat sang puteri! Langsung tak pernah. Ada rumors nyatakan yang Raja Dhemer tak mahu anaknya dikenali dan didedahkan dengan dunia luar. Tapi sampai bila sang puteri akan menyorok di dalam kerajaan? 

 Tapi sampai bila sang puteri akan menyorok di dalam kerajaan? 


Cincin di jari manis dibelek. Itulah pemberian terakhir ayahnya. Siapa sangka malam terakhir mereka berborak merupakan malam terakhirnya bersama ayah tercinta. Sejak kecil lagi dirinya diajaga rapi oleh ayahnya. Sangat protektif! Tapi kadang kadang dia dapat juga merasakan sedikit kebebasan bila nenek tercinta masuk campur. 


Disebabkan dia masih lagi muda, sifat memberontak sangat kuat ya. Dia sebolehnya ingin keluar melihat dunia. Tapi dilarang oleh sang ayah. 


Tapi tetap saja dirinya berjaya meloloskan diri untuk melihat dunia luar. Siapa sangka, dunia luar sebenarnya seronok! Ada masa dia membantu golongan tua di pasar raya. Ada kalanya dia melepak di perpustakaan bandar. Menghabiskan masa dengan membaca buku kepada kanak kanak. Seronok hidup sebegini. 


Dua hari lalu seluruh kerajaan digemparkan dengan kemangkatan Raja Dhemer. Rakyat mula mempersoalkan di mana permaisuri baru mereka. Sampai ke hari ini tiada langsung khabar si puteri. Larikah dia? 


Amina duduk di tepian batu besar di pantai. Seluruh dunianya seakan gelap. Nafas ditarik dirasakan berat. Kenapa takdir sangat kejam pada dirinya? 


Tidak pernah merasa kasih sayang seorang ibu sejak dilahirkan dan kini nyawa ayahnya diambil Tuhan. Tak adil sungguh! 


Mata dipejam. Angin laut menampar lembut kulit wajahnya. Dia seakan terdengar bisikan ayahnya. 


"Once a Queen of Devoria, you will always find yourself to your throne. Be the Queen that your subjects deserve to have."


Ya, dialah Amina Vitale, Permaisuri Devoria.


Permaisuri yang pengecut untuk mengambil takhtanya. 


Permaisuri yang tidak diketahui rakyatnya.


Bukannya dia tidak mahu memegang takhta Permaisuri Kerajaan Devoria. Dia cuma tidak yakin dengan diri sendiri. Dia baru berumur 24, mana mungkin dia mampu untuk menjaga seluruh Devoria. 


Hari sudah lewat, Amina mula bangkit. Perlahan langkahnya diatur menuju hutan di belakang istana. Sempat dia memerhati sekeliling sebelum masuk ke dalam hutan. 


Dia berbuat begitu untuk memastikan dirinya tidak dicurigai. Bahaya jika identitinya sebagai puteri tunggal Raja Dhemer. Sudahlah dia keluar tanpa pengetahuan nendanya. Karang kalau ada rakyat tahu, kecoh satu kerajaan nanti. 


Sudah menjadi kebiasaanya untuk kembali ke istana dengan menggunakan jalan hutan. Tapi tidak hari itu. Takdir membawa dirinya tiba ke sebuah pondok di hutan.


Pondok di hadapannya kelihatan usang sekali. Tak tahu jika pondok ini pondok terbiar atau ada penghuninya. Aneh. Sebelum ni langsung tak pernah dijumpa podok di hutan. Tapi takkanlah sampai ada rakyatnya yang terpaksa duduk di pondok dan terletak di tengah tengah hutan? 


Perasaan ingin tahu membuak buak dlam diri Amina. Saat dia mula mendekati, tanpa sengaja dia terlangar satu tali. Dengan sepantas kilat ada perangkap tali menangkap dirinya dan mula tergantung. Amina terkejut, tapi tidak menjerit. Pisau kecil yang disorok di boot dikeluarkan. Dia mula memotong perangkap tersebut. 


Setelah berjaya dipotong, Amina jatuh menghempap bumi. Tak sangka perangkap tadi tergantung tinggi. Badannya terasa sakit. Sewaktu dia mahu bangun, betisnya mula terasa ngilu. Tangannya digosok pada tebis. Tapi lain pula yang jadi. 


Ada darah. 


Rupanya pisau kecil tadi dah selamat tercucuk pada betis kanannya. Melihat tangan dan seluarnya ada kesan darah, pandangan Amina semakin gelap. Amina takut darah. 


Sedar saja Amina mula menjerit. Dia tak tahu keberadaannya. Sudah berapa lama dia tidak sedarkan diri pun tidak pasti. Amina mula panik. 


Tak lama kemudian muncul seorang nenek tua bersama seorang lelaki. Anggaran umurnya mungkin awal 20-an. Cucu la kot bila nampak sangat perbezaan di situ. 


"Baik baik kaki tu. Dheamin baru balut kaki tu. Jangan banyak gerak. Nanti berdarah balik." Lembut saja nenek tua itu berucap. Lelaki di sebelahnya pula merengus. Berbeza pula riak wajah orang tua yang cukup menyenangkan. 


Dengar saja perkataan darah, Amina statik tidak bergerak. Dia tak mahu nampak darah lagi. 


"Kau siapa ha perempuan?" Soal lelaki itu. Raut mukanya dingin dan menakutkan.


"I am the Queen. Amina Vitale. "


Satu ayat; I am the Queen buatkan Amina rasa ada kekuatan untuk menghadap lelaki menakutkan ini. Tak sangka ayat itu sangat berkuasa. 


Lelaki yang bernama Dheamin menghadiahkan senyuman sarkastik. "And yet, you are still not enough."


Amina terbungkam dengan kata kata yang baru didengarinya. 


"Permaisuri jenis apa kau ni? Lama menghilang. Langsung tak ambil kisah pasal rakyat kau. Kau tahu tak kat hujung sempadan selatan mula ada rusuhan? Banyak orang biasa mati. Nak tahu sebab apa? Sebab permaisuri kerajaan takut nak hadapi kenyataan! Apa kau ingat bapak kau Raja Dhemer akan hidup selamanya? Fuh, you're living in fantasy my dear Queen. Aku tak tahu bala apa yang kitorang sebagai rakyat kena tanggung sebab permaisuri, ya PERMAISURI PENGECUT! "


Kata kata Dheamin umpama pedang membelah seluruh jiwanya. Tidak cukup dengan itu, maruahnya seakan ditampar hebat dan Dheamin baru saja menyedarkan dirinya tentang realiti hidupnya. Realiti hidup seorang Amina Vitale. 


Tubir mata terasa hangat. Jujur dia rasa malu. Kalau tadi dia berbangga dengan takhta Permaisuri, sekarang dia malu kerana telah gagal sebelum bermula. Rasa sakit di betis tidak dihiraukan. Dengan pantas Amina berlari meninggalkan pondok usang itu. Berlari dan terus berlari. 


Adanya pangkat bukan sesuatu yang boleh dibanggakan. Bila kebenaran mula terungkap tentang rakyat jelata, ada satu perasaan sedih mula menjalar dalam dirinya. Dia sedar dia perlu buat sesuatu. 


Terima kasih Dheamin. Siapa sangka, kata kata lelaki itu banyak menyedarkan. 


"No more running Amina Vitale. " bisik dirinya. 


Sekarang Amina tahu apa yang patut dilakukan. Dia akan menjadi Permaisuri Devoria. Permaisuri yang mampu dan mengatasi raja sebelum ini. 


TAMAT 

Comments

Popular posts from this blog

Cerpen : Truly Yours

  Knowing you has been the best thing that’s ever happened to me. Tiga tahun sebelum : 2020   Pertama kali dia melihat Malissa setelah sekian lama mereka hanya berhubung melalui aplikasi whatsapp. Orangnya pendek sahaja, dalam lingkungan 150cm mungkin? Berambut pendek dan mempunya sepasang mata yang sepet tiap kali gadis itu senyum. Dari jauh lagi dia sudah boleh nampak Malissa. Berani sungguh untuk seorang gadis datang berjalan jauh hanya untuk sebuah reality eskep. Dia yang hanya menunggu di balai menunggu, tersenyum di sebalik topeng muka hitam. Comel sungguh bila si gadis Malissa berjaya menangkap kelibat dirinya. Dia punya senyum sampai ke telinga mengalahkan budak kecil dapat jajan.   Tak dapat dinafikan gadis itu punya senyuman yang menawan. Lesung pipit di pipi kanannya jelas kelihatan. Manis untuk dipandang. Jauh di sudut hatinya, ada satu rasa yang mula menjentik tangkai hatinya bila dengar suaranya secara depan depan.   "wah. Saya tak sangka awak sanggup t

Cerpen : Sepet The Ice-Stoned Prince

Salam dan hai. Orked menunggu sahabatnya di pondok bacaan berdekatan surau sekolah. Sabar menanti sahabatnya datang bersama dua bekas polisterin berisi nasi ambang. Sejak 10 minit lepas batang hidung Nisya tak kelihatan. Haih, mesti tersangkut dalam jem tu.  Sibuk dia termenung memikirkan Nisya, ada satu suara asing menyentak lamunannya. "Ehem!!" "Awak batuk ke? Kalau batuk, pergi bilik kesihatan mintak ubat batuk cap ibu dan anak. Kompem baik." jawabnya ramah. Walhal sebenarnya dia perli dalam diam. "Cikgu Sharil nak jumpa." balasnya dingin. Sempat dia menjeling Orked. Dingin betul. Terasa kesejukkannya. "Kat mana? Tapi saya belum makan lagi ni." Orked buat muka sedih.  "Lepas makan jumpa cikgu terus. Cikgu nak bincang pasal laman seni belakang bangunan sekolah." Oh ya. Hampir terlupa dia bahawa dia perlu membantu cikgu Sharil dalam menjayakan laman seni sekolah. Orked angguk mengerti. &quo

Prompt Writing #1

  Suasana di lapangan terbang masih seperti biasa, dipenuhi dengan manusia. Kakinya melangkah menuju Starbucks berhampiran. 13 jam berada di dalam kapal terbang membuatkan dia berasa jet lag. Oleh itu solusi yang paling tepat adalah untuk topup caffeine di dalam badan. Selepas tiga tahun akhirnya dia pulang ke tanah air. Tiga tahun menjadi anak perantau cukup membuatkan dia rindu dengan tanah airnya. Tidak lupa juga dengan insan tersayang, keluarga dan kekasih hati. Cakap soal kekasih hati, sepatutnya lelaki itu ada di sini untuk menyambut kepulangannya. Tapi sehingga sekarang bayangnya masih tidak mumcul. Lupakah dia? Nombor sang kekasih hati didail. Tak ambil masa yang lama untuk panggilannya dijawab. Namun bukan suara itu yang dia harapkan untuk menjawab. "Hello?" suara seorang gadis di hujung talian. "Hi. May I speak to Ziyad" ada getaran dalam percakapannya. Seboleh bolehnya dia cuba untuk berfikir yang baik baik. "Sorry ya. Ziyad kat tandas. You may talk