Skip to main content

Cerpen : Memori



salam dan hai.

"Aku akan pergi sambung belajar. Jaga diri. Jangan nangis bila aku tiada. Jangan gatal sangat nak cari bala bila aku terlalu jauh dari kau." pesan Rafi. Sebenarnya dia berat hati untuk meninggalkan Azza. Tapi kerana masa depan, mahu tak mahu mereka terpaksa berpisah untuk seketika.

Si gadis angguk lemah. Wajah Kusyairy ditatap penuh makna. Dia mahu lakar potret lelaki itu dalam hatinya. "Berapa lama?"

Rafi jeda sebentar. "Lima tahun. Hanya untuk lima tahun saja."

Lima tahun.

Satu jangka panjang yang lama.

"Aku tunggu kau pulang nanti."

"Nah." sebuah diari tebal berwarna ungu diberikan. "Coret apa saja yang berlaku dalam hidup kau. Aku mahu baca bila kita jumpa kembali."

"Aku sayangkan kau Azza Balvisyia. Bila aku sayang, sampai mati aku sayang."

--

Lima tahun kemudian.

Dear diary,

Dah genap lima tahun aku tunggu dia. Dia kata mahu pulang. Tapi mana dia?
Dia dah lupakan aku ke? Atau dia dah berubah hati?

Diari berwarna ungu itu ditutup. Mata dipejam erat dan saat itu terngiang-ngiang suara Kusyairy saat dia mengungkap 'Aku sayangkan kau Azza Balvisyia. Bila aku sayang, sampai mati aku sayang.'

"Melayu mudah lupa bila berjanji." sampuk satu suara.

Mata dibuka. Dia paling sebelah. Haziq rupanya. Dia tidak perasan sejak bila ada abang kembarnya di situ.

Ya. Melayu memang mudah lupa apabila dah berjanji. Waktu mula-mula, keluarlah segala ayat manis. "Aku cuma teringat saja." balas Azza sambil mata mendongak langit.

Kata Ariff Adlyyy, walau jarak kita berbeza, langit kita tetap sama.

"Maybe it was not meant to be. Hati manusia cepat berubah bila dah jemu. Tapi aku masih lagi tak jemu melayan kerenah kau." Haziq senyum.

Dia tersenyum. Abang kembarnya memang begitu. Mudah untuk dibawa berbincang. Tapi kalau datang puting beliungnya, semua kena tempias. Sudahlah baran macam singa kelaparan.

Kepala Azza dibelai lembut. Dia tahu waktu bila kembarnya sedang berduka. "Jom tengok burung besi nak? Esok pagi aku bawa."

--

GEDEBUK!

Berteraburan beberapa helaian lukisan,gambar dan picisan puisi dek kerana perlanggaran kecil tadi. Masing masing segera mengutip helaian masing masing.

"Maaf. Saya tak sengaja." sayu saja bunyinya. Kepalanya menunduk membuatkan dia tidak perasan wajah yang telah dilanggarinya.

"Maaf juga."

Dari jauh dia melihat abangnya sedang khusyuk memerhati beberapa buah burung besi yang ada di lapangan terbang. Minat mereka, citarasa dan wajah mereka boleh dikatakan hampir sama. Kembar seiras katanya.

"Tadi kertas kertas puisi tu terjatuh. Orang lambat sebab kutip. Ni hot choc Ziq."

Haziq menyambut cawan hot choc dan helaian puisi adiknya. Nak kata minat sastera, tak adalah minat ekstrem seperti adiknya itu. Dia lebih suka bermain dengan nombor. 

Sebab itu dia jadi pensyarah kursus Sains dan Matematik. Azza jadi guru ketua bidang subjek sastera. Dua bidang yang bercanggah.

Dibeleknya hasil tulisan si kembar dan dia dapati ada sekeping gambar. Gambar landskap. Ada coretan di bahagian belakang gambar itu.

'Somehow we met them just to create sweet memories. Not to have them for the rest of our life.'

"Ini kau punya ke?" soal haziq.

"Alamak! Aku rasa ni gambar mamat tadi. Aduh!!" jerit Azza kalut.

--

Lima tahun aku tunggu,
Satu jangka masa yang panjang,
Aku tunggu dengan penuh harapan,
Harapan yang kau akan kembali.

Tapi aku silap,
Ternyata penantian itu suatu yang menyakitkan,
Kau tak kembali,
Aku masih di sini,
Aku masih lagi setia.

Maybe we're just not to be 'us,
Pergilah Rafi Kusyairy,
Kejarlah impian kau,
Aku doakan moga kau bahagia sentiasa.

Penantian, Azza Balvisyia - 2015

"Gila minah ni.Sanggup tunggu sampai lima tahun tu." ujarnya perlahan.

Azza Balvisyia. 

"Bila aku jumpa kau lagi, nanti aku pulangkan balik puisi ni." janjinya.

--

"Come on lah babe. Kita ambil gambar ramai ramai ni." pujuk Aliya. Disabarkan hatinya dalam menangani emosi sahabat yang seorang itu.

Azza buat muka. "Yang terakhir. Aku penat ni."

Aliya jerit gembira. Diciumnya pipi Azza bertalu talu membuatkan Azza kegelian. Cepat cepat dia mendapatkan sepupunya, Rasyid untuk mengambil gambar mereka sekumpulan. Az, Al, Reel dan Am. Iman tak dapat datang sebab kena outstation di Sarawak. Untunglah dia, sambil menyelam minum air. Dapatlah jugak si Iman tu jenguk keluarganya di kampung halaman sana.

"Al, kawan kau ada tahi mata weh." kutuk Rasyid direct.

Azza bengang. Pantas dia meraba wajahnya. "Mana ada tahi mata!"

"Yang kau percaya cakap aku kenapa? Hahaha!"

Mukanya sudah merah menyala. Calm Azza. 

"Noob jugak kau ni."

Ini. Dah. Melebih. 

"Aku blah dulu." putusnya. Terus dia beredar dari pusat bowling. Lebih baik dia blah sebelum dia jadi harimau. 

Aliya pandang sepupunya. Tak pernah pernah Rasyid berkelakuan seperti itu dengan orang asing. Setahu dia sepupunya itu pemalu. 

"Kejar dia Rasyid." arahnya.

"Mati kau lepas ni." sampuk Ameruddin sambil menggelengkan kepalanya.

Rasyid telan liur. Aku gurau je kot. "Yalah."

--

Saat dia mahu menegur gadis itu, kakinya seperti di gam. Ada seorang lelaki dengan perempuan tadi. Entah kenapa ada satu rasa aneh yang menular dalam hatinya.

Aku tak suka tengok dia dengan lelaki tadi.

--

"Ehem. Boleh aku duduk sini?" sapa Rasyid.

Sebenarnya banyak lagi meja kosong tu tapi bila terserempak dengan kawan sepupunya itu, sengaja dia datang menyapa.

"Ada banyak lagi tempat kosong sana." malas deh nak melayan lelaki ni.

Kerusi ditarik. Rasyid duduk di hadapannya. "Sorry pasal hari tu."

"Dah lupakan."

"Cepatnya makan?"

"Kejar masa."

"Aku Rasyid."

Sepi.

Rasyid buntu. "Kau okay?"

"None of your business." balas Azza. 

Mata terpandang pintu kafe. Atau lebih tepat lagi pelanggan yang baru masuk ke dalam kafe.

"Rafi..." ujarnya perlahan. Saat melihat jejaka itu, hatinya jadi tak keruan. 

'Aku sayangkan kau Azza Balvisyia. Bila aku sayang, sampai mati aku sayang.'

Kau dah pulang. 

Tapi cinta kau dah beralih arah.

Rafi? Siapa?

"Azza." 

Gadis itu cuma merenung lelaki yang menyapa mereka. Tiada terpalit senyuman. Yang ada cuma kosong.

"Things do not change. We change." mata dipejam rapat. Rasa sakit.

--

"Aliya..." meleret leret dia memanggil sepupunya.

Aliya hanya mengangkat kening. Tahu sangat dengan perangai sepupu yang satu ini.

"Siapa Rafi?"

Aliya tersentak. Dia ni nak korek rahsia pasal Azza ke? "Aaa.. Yang tu baik kau tanya dengan orang yang lebih patut."

"jawablah Al. Kau kan baik, comel." desak Rasyid.

Haih. "Aku cuma berani cakap yang Rafi tu masa silam Azza."

"Yang ni pulak siapa?" gambar di telefonnya ditunjuk.

Ya Allah sepupu aku ni! "Itu kembar dia. Haziq."

"Selamat."

"Apa yang selamat?"

"Tarakpapa. Thanks weh. Love you to the moon and back!"

--

"Hye."

Sepi.

"I can always lend you my shoulder."

Senyap.

"Lupakan saja kenangan lama. Buat apa nak duduk di masa silam yedak?"

Diam.

"Take care."

--

Setahun kemudian.

Azza senyum sinis. Silly me

Dia perhatikan saja gelagat Rasyid dengan teman sekerjanya.

"Manusia bila dah jemu. Macam tulah." sarkastik.

"Azza, jangan melatah." pesan Haziq.

"Orang memang bodoh kan?"

--

"Iqmal, nanti kita jumpa lagi. Jangan lupa sent gambar tadi tau."

Azza melambai menghantar pemergian 'skandal' nya a.k.a teman rapat Haziq. Dia dengan Iqmal boleh dikategorikan sebagai teman rapat. yalah sejak kecil lagi dah bersahabat.

Ketika dia mahu masuk dalam rumah, datang pula sebuah kereta Toyota Altis putih. Bibirnya dicebik.

Dia... tetamu yang tak diundang.

"Kenapa tak balas mesej? Tak jawab call?"

Bahu dijongket. "Tak terasa nak menjawab. Pergilah kacau si Dirah sana. Buat apa nak kacau aku lagi?"

"Damn! Apasal naik nama Hadirah ni? Sekarang ni topik tentang kita. Kau. Aku. Cuma kita berdua. Bukan orang lain."

Heh. "Sejak bila ada kita ni? Setahu aku kita cuma kawan. Heh."

"Siapa kata?"

"Aku kata! Pahal? Nak cari gaduh?"

"You're being childish Azza!" suaranya naik satu oktaf.

"Kalau macam tu pergi cari Hadirah sana! You know what? I really really really hate you! And I wish I would never met you!"

--

Wajah Aliya tidak dipandang. Dia berpura pura tekun mengadap tv. Walhal dalam hati tengah remuk. 

"Apa perasaan kau kat dia?" soal Aliya.

"Kawan biasa."

"Kau tipu."

"Dia ada Hadirah. Buat apa aku nak suka dia? Aku taknak perkara enam tahun dulu berulang lagi. Aku muak weh. Aku muak."

"Hadirah kan tak lama lagi nak nikah."

"Kisahnya aku!"

--

Malam itu, Haziq duduk melepak di tepi kolam renang. Melihat kerdipan bintang di langit kelam.

Tanpa kegelapan kita tak mungkin dapat lihat cahaya bulan dan kerdipan bintang.

Azza pula hanya merendamkan kakinya. 

"Why don't you confess?"

"Dia suka Hadirah."

Haziq bangkit dan duduk di sebelah kembarnya. "Kalau ya dia suka Hadirah tu, kenapa Azza jugak yang dia cari? Kenapa dia selalu bercerita pasal Azza kat Aliya?"

"Orang takut kalau dia sama je macam Rafi."

"Aku kan ada untuk lindung kau."

--

This is it. Now or never.

"Apa status kita sekarang?"

"Kalau aku cakap aku mahu lebih?" balas Rasyid.

"Tapi kau suka Hadirah. You love her. So I give up."

"Aku lebih sayangkan kau."

-TAMAT-


Comments

Popular posts from this blog

Prompt Writing #4

  Luke tersengih sengih saat gadis kesayangannya tiba di perpustakaan. Sengaja dia duduk di tempat biasa gadis itu. Apa lagi seronok dari tengok seketul Eva menahan marah? Hehe. Oh bukannya dia tak tahu consequences. Dia tahu dan dia tak ambil peduli. Apa yang penting dia dapat menyakat Eva. "Hey sayang." Katanya sambil mengenyit mata.  Eva yang lalu hanya buat tak tahu. Sumpah menyirap. Sumpah geli dengan kelakuan Luke. Kalau boleh mahu aje ditikam dan disiat siat lelaki itu! Eva tak tahulah apa yang malang sangat hidupnya sampai ditakdirkan untuk bersilang langkah dengan Luke.  Luke Walker.  Siapa saja tak kenal gerangan empunya nama itu. Oh everybody knows him. Satu fakulti kenal! But the truth is, Luke Walker is nothing more than a douchebag. Tak lebih tak kurang.  Disebabkan tempat biasa telah di-hijact Luke, Eva terpaksa ke kaunter untuk meminta satu kubikel untuk dirinya. Kalau boleh, nak saja dia mengamuk depan lelaki itu agar terus berhenti kacau d...

Kistot : Broken Frame

Kaca bertaburan dek kerana seluruh bingkai gambar yang tergantung itu jatuh. Diambilnya salah satu gambar lama dan ditatap. 2014 - 3RK2 'Scandal Classmates forever!' Satu persatu wajah pelajar pelajar yang ada di gambar diperhatikan. Senyuman nipis terlakar. Ya, dia masih ingat lagi mereka. Mereka yang dikenali sebagai sahabat. Sahabat umpama keluarga. Tahun yang banyak memberi makna apa itu persahabatan. Tahun di mana mereka mengambil PT3. First batch gaiss! Adanya SIBS dan 7SIS. Tak lupa juga dengan TMJ. Ingat lagi ketika bermain Truth or dare. Mra dan Qem memilih cabaran. Mereka disuruh untuk mengungkap cinta pada dua orang senior. Waktu ambil gambar kelas? Gila tak best! Tudiaa keluarga RK2. Biarpun menjadi bualan guru kerana sikap yang negatif, siapa sangka mereka juga yang keluar ke teknik dan vokay. Terdiam cikgu dibuatnya.  Cikgu cikgu yang ajar gila sporting! Nak nak lagi bila subjek BM. Ambil gambarlah, berguraulah. Dan paling rindu nak guna correctio...

Cerpen : Love Is You + Me (part2)

Assalamualaikum semua :D maaf lambat,, minggu lepas exam.. part2 dah lama siap tapi baru sempat nak update... Jangan marah ya ,, Enjoy reading =) ZARA menoleh belakangnya. Betapa terkejutnya dia bila lelaki itu muncul di belakangnya. Sejak kenal dengan lelaki ni, ada saja kejutan yang diterimanya. Tapi… Sejak bila pula dia ada ni? “Sejak bila jadi stalker tak bertauliah ni?” soal Zara. Syahir menjongkitkan bahunya. Tangannya di masukkan ke dalam poket seluar. Dengan selamba badak dia duduk di sebelah Zara. “Nama aku Syahir Adri. Bakal suami kau.” Lain yang disoal, lain pula jawapannya. What ?! Melopong Zara mendengarnya. Sah! Lelaki ni tak betul! “Encik Syahir Adri, saya langsung tidak berminat untuk menjadi bakal isteri awak. Berapa kali saya perlu beritahu, saya sudah berpunya dan tak akan pernah menjadi milik awak buat selamanya!” “Kalau awak tak percaya juga, let me inform you something . Nama bakal tunang saya ialah Tengku Adil Syakir Tengku Amran. So, tak p...