Skip to main content

Posts

Prompt Writing #4

  Luke tersengih sengih saat gadis kesayangannya tiba di perpustakaan. Sengaja dia duduk di tempat biasa gadis itu. Apa lagi seronok dari tengok seketul Eva menahan marah? Hehe. Oh bukannya dia tak tahu consequences. Dia tahu dan dia tak ambil peduli. Apa yang penting dia dapat menyakat Eva. "Hey sayang." Katanya sambil mengenyit mata.  Eva yang lalu hanya buat tak tahu. Sumpah menyirap. Sumpah geli dengan kelakuan Luke. Kalau boleh mahu aje ditikam dan disiat siat lelaki itu! Eva tak tahulah apa yang malang sangat hidupnya sampai ditakdirkan untuk bersilang langkah dengan Luke.  Luke Walker.  Siapa saja tak kenal gerangan empunya nama itu. Oh everybody knows him. Satu fakulti kenal! But the truth is, Luke Walker is nothing more than a douchebag. Tak lebih tak kurang.  Disebabkan tempat biasa telah di-hijact Luke, Eva terpaksa ke kaunter untuk meminta satu kubikel untuk dirinya. Kalau boleh, nak saja dia mengamuk depan lelaki itu agar terus berhenti kacau dirinya. Tapi tak..
Recent posts

Prompt Writing #3

  Hari itu di Kerajaan Devoria muram tatkala pemerintahnya, Raja Dhemer Vitale mangkat. Seisi golongan kerabat masih lagi tidak keluar dari istana. Berita tentang kemangkatan Raja Dhemer sesuatu yang mengejutkan. Menurut setiausaha istana, Raja Dhemer mangkat dalam tidur. Aneh sebenarnya sedangkan mereka semua tahu kesihatan Raja Dhemer baik baik saja. Disebalik sedihnya dengan berita itu, tular pula sesuatu dalam kalangan rakyat. Siapa yang akan jadi Raja mereka? Apa yang mereka semua tahu, Raja Dhemer punya seorang puteri tunggal. Semenjak Permaisuri Eoris mangkat sewaktu melahirkan puterinya, Raja Dhemer tak pernah ada keinginan untuk mempunyai permaisuri baru. Hanya puteri mereka saja yang selayaknya menjadi permaisuri Kerajaan Devoria. Tapi satu masalah pula muncul. Mereka semua tak pernah lihat sang puteri! Langsung tak pernah. Ada rumors nyatakan yang Raja Dhemer tak mahu anaknya dikenali dan didedahkan dengan dunia luar. Tapi sampai bila sang puteri akan menyorok di dalam keraj

Prompt Writing #2

  Tengah hari itu semua pelajar Victorian berkumpul di Dewan Nieven. Seisi dewan mula dipenuhi dengan pelajar. Ada yang tertanya motif perhimpunan, ada yang seronok sebab boleh keluar dari kelas yang membosankan dan ada juga yang langsung tak hirau dengan keadaan sekeliling.  Edry, Aus dan Jules tiba lewat di dewan. Mujur saja perhimpunan masih belum bermula. Tiga sekawan mula mengambil tempat duduk di belakang sekali. Ya tempat paling belakang tempat paling best. Edry, Aus dan Jules tiba lewat di dewan. Mujur saja perhimpunan masih belum bermula. Tiga sekawan mula mengambil tempat duduk di belakang sekali. Ya tempat paling belakang tempat paling best.  Suasana di dewan mula bising. Masing masing mula panas punggung. Nak kurung berapa lama lagi agaknya? "Aku bet ni macam permulaan untuk the hunger games." bisik Aus. Matanya masih ralit memerhati sekeliling. Jules di sebelah mula mencebik. Aus kalau bab merepek aduhaiii.  Hampir lima belas minit menunggu, Alex si ketua pelajar

Prompt Writing #1

  Suasana di lapangan terbang masih seperti biasa, dipenuhi dengan manusia. Kakinya melangkah menuju Starbucks berhampiran. 13 jam berada di dalam kapal terbang membuatkan dia berasa jet lag. Oleh itu solusi yang paling tepat adalah untuk topup caffeine di dalam badan. Selepas tiga tahun akhirnya dia pulang ke tanah air. Tiga tahun menjadi anak perantau cukup membuatkan dia rindu dengan tanah airnya. Tidak lupa juga dengan insan tersayang, keluarga dan kekasih hati. Cakap soal kekasih hati, sepatutnya lelaki itu ada di sini untuk menyambut kepulangannya. Tapi sehingga sekarang bayangnya masih tidak mumcul. Lupakah dia? Nombor sang kekasih hati didail. Tak ambil masa yang lama untuk panggilannya dijawab. Namun bukan suara itu yang dia harapkan untuk menjawab. "Hello?" suara seorang gadis di hujung talian. "Hi. May I speak to Ziyad" ada getaran dalam percakapannya. Seboleh bolehnya dia cuba untuk berfikir yang baik baik. "Sorry ya. Ziyad kat tandas. You may talk

Cerpen : Truly Yours

  Knowing you has been the best thing that’s ever happened to me. Tiga tahun sebelum : 2020   Pertama kali dia melihat Malissa setelah sekian lama mereka hanya berhubung melalui aplikasi whatsapp. Orangnya pendek sahaja, dalam lingkungan 150cm mungkin? Berambut pendek dan mempunya sepasang mata yang sepet tiap kali gadis itu senyum. Dari jauh lagi dia sudah boleh nampak Malissa. Berani sungguh untuk seorang gadis datang berjalan jauh hanya untuk sebuah reality eskep. Dia yang hanya menunggu di balai menunggu, tersenyum di sebalik topeng muka hitam. Comel sungguh bila si gadis Malissa berjaya menangkap kelibat dirinya. Dia punya senyum sampai ke telinga mengalahkan budak kecil dapat jajan.   Tak dapat dinafikan gadis itu punya senyuman yang menawan. Lesung pipit di pipi kanannya jelas kelihatan. Manis untuk dipandang. Jauh di sudut hatinya, ada satu rasa yang mula menjentik tangkai hatinya bila dengar suaranya secara depan depan.   "wah. Saya tak sangka awak sanggup t