Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2015

CERTOT : PSIKO

Zuyyin mengukir senyuman puas. Darah yang terpancut di pipinya dilap menggunakan sapu tangan. Tangannya lembut membelai wajah Kasyaf. "Selamat malam sayang. Mimpi indah." bisiknya. Kasyaf diam. Ah dah lena barangkali. Pisau yang yang masih terlekat di dada Kasyaf dicabut perlahan. Langkah diatur menuju dapur. Dia mahu membersihkan sisa darah yang ada pada pisau itu. Bau darah mengisi ruang rongga hidungnya. Tiada penyesalan yang singgah di hati kecuali perasaan puas. "Kau tak patut curang sayang." Sebab kita dah berjanji untuk ada happy ever after. Tapi sayang kau musnahkan saat bahagia berada di hujung tangan. Dasar lelaki bodoh. After all Taylor was right. Boys only want love if it’s torture. Heh. Jumpa di neraka sana sayang.