Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2015

Cerpen : Memori

salam dan hai. "Aku akan pergi sambung belajar. Jaga diri. Jangan nangis bila aku tiada. Jangan gatal sangat nak cari bala bila aku terlalu jauh dari kau." pesan Rafi. Sebenarnya dia berat hati untuk meninggalkan Azza. Tapi kerana masa depan, mahu tak mahu mereka terpaksa berpisah untuk seketika. Si gadis angguk lemah. Wajah Kusyairy ditatap penuh makna. Dia mahu lakar potret lelaki itu dalam hatinya. "Berapa lama?" Rafi jeda sebentar. "Lima tahun. Hanya untuk lima tahun saja." Lima tahun. Satu jangka panjang yang lama. "Aku tunggu kau pulang nanti." "Nah." sebuah diari tebal berwarna ungu diberikan. "Coret apa saja yang berlaku dalam hidup kau. Aku mahu baca bila kita jumpa kembali." "Aku sayangkan kau Azza Balvisyia. Bila aku sayang, sampai mati aku sayang." -- Lima tahun kemudian. Dear diary, Dah genap lima tahun aku tunggu dia. Dia kata mahu pulang. Tapi mana di