Skip to main content

Prompt Writing #1

 Suasana di lapangan terbang masih seperti biasa, dipenuhi dengan manusia. Kakinya melangkah menuju Starbucks berhampiran. 13 jam berada di dalam kapal terbang membuatkan dia berasa jet lag. Oleh itu solusi yang paling tepat adalah untuk topup caffeine di dalam badan.

Selepas tiga tahun akhirnya dia pulang ke tanah air. Tiga tahun menjadi anak perantau cukup membuatkan dia rindu dengan tanah airnya. Tidak lupa juga dengan insan tersayang, keluarga dan kekasih hati.

Cakap soal kekasih hati, sepatutnya lelaki itu ada di sini untuk menyambut kepulangannya. Tapi sehingga sekarang bayangnya masih tidak mumcul. Lupakah dia?

Nombor sang kekasih hati didail. Tak ambil masa yang lama untuk panggilannya dijawab. Namun bukan suara itu yang dia harapkan untuk menjawab.

"Hello?" suara seorang gadis di hujung talian.

"Hi. May I speak to Ziyad" ada getaran dalam percakapannya. Seboleh bolehnya dia cuba untuk berfikir yang baik baik.

"Sorry ya. Ziyad kat tandas. You may talk to me, his girlfriend"

G. I. R. L. F. R. I. E. N. D

Serta merta panggilan tersebut dimatikan. Tangannya mula menggigil. Dadanya berombak. Fikiran jadi kosong.

Selama ni dia ada orang lain?

Tubir mata terasa hangat. Seboleh bolehnya mahu ditahan air mata dari jatuh. Dia tak mahu menangis di khalayak ramai.

Sudah lewat petang tapi Haifa masih lagi di kafe Starbucks. Masih lagi tiada tanda tanda untuk pergi dari situ. Beberapa panggilan langsung tidak dijawab. Saat ini dia tidak mahu berhubung dengan sesiapa.

Jam hampir menunjukkan pukul lapan malam. Dipaksanya untuk bangkit. Langkahnya longlai seperti tiada semangat. Sakit kepala makin dirasai bila dia tak cukup rehat. Aplikasi grab dibuka dan ditempah satu kereta untuk menghantarnya pulang.

Sampai di rumah, Haifa tidak terus turun dari kereta apabila melihat sebuah figura yang dikenalinya berdiri di depan pagar rumahnya. Kenapa lelaki itu perlu muncul? Tak cukup puas kah lelaki itu?

"Cik?"

Sedar akan panggilan driver, Haifa palingkan pandangannya pada driver. "Can you go now? Sokay I'll pay for your drive service" satu cubaan berani mati Haifa untuk meminta tolong dari seorang lelaki yang tidak dikenalinya.

Sekali lagi malam itu Haifa masih lagi berada dalam dunianya sendiri. Pandangannya jatuh pada luar cermin kaca kereta. Kota metropolitan pada waktu malam sangatlah hidup dengan manusia.

"Cik lapar tak?"

"Hm... "

"Saya bawa cik pergi makan ya? "

"Hm... "

Sepanjang perjalanan Haifa mengelamun. Langsung tidak dikisahkan dengan keadaan sekeliling. Ni kalau kena culik ni memang semua salah sendiri sebab vulnerable sangat sampai orang boleh ambil kesempatan.

"Cik, kita dah sampai."

Masih lagi sepi tanpa jawapan. Haifa hanya sedar bila pintu belakang dibuka dari luar. Terkebil kebil Haifa memandang pemandu grab tersebut.

"Kita makan dulu cik."

Haifa perhatikan kawasan sekeliling. Sekarang ini mereka berada di kawasan parkir. Gayanya seperti di mall.

"Kita kat curve sekarang."

"ohh."

Haifa jalan bersebelahan dengan lelaki tersebut. Fikirannya masih kosong. Baru beberapa langkah tanpa sedar dia mula menangis di tempat parkir.

Hampir sepuluh minit Haifa menangis. Melepaskan segala yang terbuku di dalam hati. Orang lalu lalang langsung tidak dipedulikan. Rasa sakit ini perlu dilepaskan. Makin disimpan mahu jadi gila agaknya.

Sudah puas menangis, Haifa mula mengelap air mata dengan lengan bajunya. Badannya terasa penat sangat. Dia sudah tidak larat untuk teruskan semuanya.

"Kita nak makan kat mana? " soal Haifa tanpa memandang lelaki di sebelahnya.

"Kita pergi Secret." tenang sungguh nada lelaki di sebelahnya.

Sepatutnya Ziyad yang ada dengannya, bukan lelaki asing. Makin sayu wajah Haifa.

Di Secret, Haifa sekadar memesan satu slice kek red velvet dan ice latte manakala lelaki di hadapannya memesan fish n chips dan apple juice. Masing masing tak berborak, hanya makan dengan diam.

"Saya Halifie."

"Haifa"

"Sorry kalau saya ni macam busy body tapi... "

"Don't tell me." pantas Haifa memotong kata kata Halifie. Dia tahu apa lelaki itu mahu cakap. Ya soal Ziyad yang ada menunggu di hadapan rumahnya.

Air disedut perlahan. Latte yang sepatutnya rasa manis terasa pahit di tekaknya. "I know you got your best intention... I dont need your good advice right now. Please let me feel how I feel right now."

"Okay Haifa." ujar Halifie, hormat dengan keputusannya.

"Halifie, how old are you? "

"29 this year?"

"hantar saya balik."

Sementara menunggu Halifie membayar, Haifa masih lagi di tempatnya. Menangis sekali lagi. Dia hanya berhenti tatkala Halifie berdehem. Cepat cepat tangisan dilap dan mereka terus menuju ke kereta Halifie.

"He was my best friend. The guy yang awak nampak. "

Halifie diam. Sepanjang perjalanan, dia hanya mendengar segala luahan Haifa.

Sampai saja di depan rumah Haifa, enjin kereta dimatikan. Halifie keluar dari kereta untuk memunggah bagasi milik Haifa dan kemudian membuka pintu belakang.

"Kita dah sampai." ujarnya lembut.

Baru saja Haifa hendak keluar dari kereta, ada satu suara mula menjengah. Tak lain tak bukan, Ziyad.

"Haifa, where the hell did you go! "

Sebelum sempat Ziyad melakukan apa apa, Halifie lebih pantas untuk berdiri di hadapan Haifa untuk melindunginya. Mukanya tenang sahaja.

"She's with me the whole day."

Makin sakit hati Ziyad bila dengar apa yang diberitahu lelaki tak dikenalinya. Muka Haifa langsung tak dapat dilihatnya berikutan dia menyorok di belakang lelaki itu.

"Kau patut pergi sebelum aku telefon polis." sempat Halifie memberi amaran pada Ziyad.

Mahu tak mahu Ziyad beredar dari kawasan perumahan Haifa. Yakin dengan pemergian Ziyad, baru Halifie beralih.

"You're safe now."

"Thak you Halifie."

Beberapa not 50 dikeluarkan dari beg dompetnya. Semua sekali ada enam keping not 50 dihulur pada Halifie. Tapi Halifie hanya mengambil dua keping not 50 sahaja.

"Sokay Haifa. Saya tak perlukan oun duit 300."

Sebelum Halifie pergi, Haifa panggil namanya. "Terima kasih Halifie."

Lelaki itu hanya senyum. Sebelum dia masuk kereta, dia menyuruh Haifa untuk masuk ke rumah dan mengunci pagar. Hilang saja Haifa dari pandangan, Halifie terus pergi.

🍃

Kalau saja ada remote untuk mengawal perasaan, alangkah bagus. Pasti kejadian seperti jatuh cinta pada orang yang salah dapat dielakkan. Setidaknya dapat diundur kembali detik sebelum rasa kecewa itu muncul. Tapi itulah, kalau. Cakap pasal kalau harimau pun boleh terbang. Heh.

Pintu rumah dikunci, sperti apa yang disuruh Halifie. Satu keluhan dilepaskan. Dia masih lagi kecewa dengan dirinya. Telefon di dalam beg tangan berbunyi. Tertera nama Ziyad di kaca skrin.

Sampai bila dia perlu lari?

"You dah kenapa Haifa? Baru nak angkat call I sekarang?! " teriak Ziyad di hujung talian.

Tubir mata terasa hangat. Dia mahu menangis bila diherdik sebegitu. "Ziyad, I think we better be apart"

"What do you mean Haifa? "

"We can't be friends anymore."

Suasana sepi seketika sebelum Ziyad kembali bersuara, "Whoa, you dah ada peganti I eh sekarang Haifa? I ni best friend you tau"

And indeed, you're my best friend.. Until I started fell in love with you.

"Ziyad, please... You kan dah ada girlfriend." perit. Ya perit seakan hatinya mahu meletup saat itu.

"Haifa..."

Perlu ke dia berterua terang tentang perasaannya? Tapi kalau diluah pun tiada guna sebab Ziyad sudah berpunya. Itu tak akan mengubah apa apa.

Ziyad dan Haifa dah lama berkawan sejak di bngku sekolah menengah. Cuma tanpa sedar Haifa ada menyimpan perasaan terhadap Ziyad.  Rapatnya persahabatan mereka berdua sehinggakan orang di sekeliling mereka berpendapat mereka pasangan kekasih.

Kalau dapat diputarkan kembali masa, pasti akan dipilih saat pertama kali pertemuan antara mereka berdua. Lebih baik tiada pertemuan langsung jika akhirnya kesakitan yang dia dapat di akhir persahabatan mereka berdua.

Ya, dia betul betul jatuh cinta tanpa sedar.

"Sokay Ziyad. I tak marah pun you ada girlfriend. Cuma, you can't have both girls in your life. So this is the part I say goodbye to you." air mata mula menitis perlahan. Dia tak peduli jika suaranya mula serak akibat menangis.

Talian dimatikan.

Salahnya sebab jatuh cinta dengan kawan baiknya sendiri.

Segala contact berkaitan Ziyad diblock dan dipadam. Dia tak mahu lagi ada kena mengena dengan lelaki itu lagi. Ya itu yang terbaik.

Untuk pulih dari rasa sakit ini mungkin ambil masa yang lama. Biarlah. Itu lebih baik daripada asyik menanggung kesakitan dalam diam.

'I hope you happy Ziyad.'

T.A.M.A.T

Comments

Popular posts from this blog

Prompt Writing #4

  Luke tersengih sengih saat gadis kesayangannya tiba di perpustakaan. Sengaja dia duduk di tempat biasa gadis itu. Apa lagi seronok dari tengok seketul Eva menahan marah? Hehe. Oh bukannya dia tak tahu consequences. Dia tahu dan dia tak ambil peduli. Apa yang penting dia dapat menyakat Eva. "Hey sayang." Katanya sambil mengenyit mata.  Eva yang lalu hanya buat tak tahu. Sumpah menyirap. Sumpah geli dengan kelakuan Luke. Kalau boleh mahu aje ditikam dan disiat siat lelaki itu! Eva tak tahulah apa yang malang sangat hidupnya sampai ditakdirkan untuk bersilang langkah dengan Luke.  Luke Walker.  Siapa saja tak kenal gerangan empunya nama itu. Oh everybody knows him. Satu fakulti kenal! But the truth is, Luke Walker is nothing more than a douchebag. Tak lebih tak kurang.  Disebabkan tempat biasa telah di-hijact Luke, Eva terpaksa ke kaunter untuk meminta satu kubikel untuk dirinya. Kalau boleh, nak saja dia mengamuk depan lelaki itu agar terus berhenti kacau d...

Kistot : Broken Frame

Kaca bertaburan dek kerana seluruh bingkai gambar yang tergantung itu jatuh. Diambilnya salah satu gambar lama dan ditatap. 2014 - 3RK2 'Scandal Classmates forever!' Satu persatu wajah pelajar pelajar yang ada di gambar diperhatikan. Senyuman nipis terlakar. Ya, dia masih ingat lagi mereka. Mereka yang dikenali sebagai sahabat. Sahabat umpama keluarga. Tahun yang banyak memberi makna apa itu persahabatan. Tahun di mana mereka mengambil PT3. First batch gaiss! Adanya SIBS dan 7SIS. Tak lupa juga dengan TMJ. Ingat lagi ketika bermain Truth or dare. Mra dan Qem memilih cabaran. Mereka disuruh untuk mengungkap cinta pada dua orang senior. Waktu ambil gambar kelas? Gila tak best! Tudiaa keluarga RK2. Biarpun menjadi bualan guru kerana sikap yang negatif, siapa sangka mereka juga yang keluar ke teknik dan vokay. Terdiam cikgu dibuatnya.  Cikgu cikgu yang ajar gila sporting! Nak nak lagi bila subjek BM. Ambil gambarlah, berguraulah. Dan paling rindu nak guna correctio...

Cerpen : Love Is You + Me (part2)

Assalamualaikum semua :D maaf lambat,, minggu lepas exam.. part2 dah lama siap tapi baru sempat nak update... Jangan marah ya ,, Enjoy reading =) ZARA menoleh belakangnya. Betapa terkejutnya dia bila lelaki itu muncul di belakangnya. Sejak kenal dengan lelaki ni, ada saja kejutan yang diterimanya. Tapi… Sejak bila pula dia ada ni? “Sejak bila jadi stalker tak bertauliah ni?” soal Zara. Syahir menjongkitkan bahunya. Tangannya di masukkan ke dalam poket seluar. Dengan selamba badak dia duduk di sebelah Zara. “Nama aku Syahir Adri. Bakal suami kau.” Lain yang disoal, lain pula jawapannya. What ?! Melopong Zara mendengarnya. Sah! Lelaki ni tak betul! “Encik Syahir Adri, saya langsung tidak berminat untuk menjadi bakal isteri awak. Berapa kali saya perlu beritahu, saya sudah berpunya dan tak akan pernah menjadi milik awak buat selamanya!” “Kalau awak tak percaya juga, let me inform you something . Nama bakal tunang saya ialah Tengku Adil Syakir Tengku Amran. So, tak p...