Skip to main content

Cerpen : Truly Yours

 

Knowing you has been the best thing that’s ever happened to me.

Tiga tahun sebelum : 2020

 

Pertama kali dia melihat Malissa setelah sekian lama mereka hanya berhubung melalui aplikasi whatsapp. Orangnya pendek sahaja, dalam lingkungan 150cm mungkin? Berambut pendek dan mempunya sepasang mata yang sepet tiap kali gadis itu senyum. Dari jauh lagi dia sudah boleh nampak Malissa. Berani sungguh untuk seorang gadis datang berjalan jauh hanya untuk sebuah reality eskep. Dia yang hanya menunggu di balai menunggu, tersenyum di sebalik topeng muka hitam. Comel sungguh bila si gadis Malissa berjaya menangkap kelibat dirinya. Dia punya senyum sampai ke telinga mengalahkan budak kecil dapat jajan.

 

Tak dapat dinafikan gadis itu punya senyuman yang menawan. Lesung pipit di pipi kanannya jelas kelihatan. Manis untuk dipandang. Jauh di sudut hatinya, ada satu rasa yang mula menjentik tangkai hatinya bila dengar suaranya secara depan depan.

 

"wah. Saya tak sangka awak sanggup tunggu." ujarnya. Nadanya riang sungguh. Umpama tak percaya yang mereka berdua akhirnya berjumpa setelah sekian lama. Dirinya perasan Malissa hanya kejap kejap saja memandang dirinya. Okay dia malu ke? Tambah lagi satu point Malissa. Geez, perempuan ni memang tak berhenti jadi comel ke?

 

Tak padan dengan berbadan kecil, punyalah besar gedabak dia punya bagpack. Tangan kanan laju capai beg itu. "Mak aih. You bawak batu ke apa ni? " soal Aus panasaran. Terkejut. Bawa apa yang boleh berat sangat? Seludup batu ke? Daripada bawa bagpack yang berat segedabak, lebih baiklah bawak luggage. Senang pun senang. Tinggal tolak saja.

 

Malissa di hadapannya mula gelak sambal menggeleng kepalanya. Menafi kenyataan Aus. "haha no lah. Saya lepas jumpa awak nanti saya nak pergi perak. Saja nak jalan jalan. "

 

Berani, detik hatinya.

 

"count me in then." Ujar Aus bersahaja. Teringin juga dia nak ikut pengembaraan si kecil Malissa. Lagi pula, tak mahulah dia biarkan Malissa berjalan ke Perak bersendirian. Okay, dia tahu dia mereka cuma kawan sahaja, tapi tak salah bukan kalau dia ikut?

 

Malissa seakan terkejut. Tak sangka mungkin? Tanpa sebarang jawapan, Aus mula menggalas beg milik Malissa dan terus bergerak. Dia mahu mengajak untuk makan tengah hari sebelum menghantar Malissa ke hotel. Katanya dia telah menempah hotel di sekital kl sentral. Mungkin baginya senang untuk bergerak ke mana mana.

 

Sepanjang mereka menikmati makanan, Malissa asyik berceloteh. Dia hanya diam mendengar. Rasa selesa dan tenang bila dia berada di samping gadis itu. Walaupun asyik berceloteh, tapi dia suka. Setidaknya gadis itu bisa menceriakan harinya.

 

Habis saja makanannya, pinggan ditolak ke tepi. Wajah polos Malissa dipandang lembut sebelum dia berkata, "can we go direct to perak instead?"

 

Tersedak Malissa bila dengar pertanyaan Aus. Tak pasti sama ada itu pertanyaan atau arahan. "Awak ni memang suka cakap last minute eh? Burn la duit saya! Patu karang pergi sana tak ada tempat nak tinggal macam mana? Adoi! Sakit kepala saya tiba tiba."

 

"Just leave it to me. Trust me." Balas Aus sambil senyum.

 

 

Tak sangka rasanya sekarang mereka berdua ada di Pulau Pangkor. Terasa baru tengah hari tadi jejakkan kaki di TBS. Gara gara idea gila si Aus, habis burn duit hotelnya. Geram sungguh bila difikirkan balik. Jejaka disebelahnya dipandang. Kadang kadang dia jadi panasaran, sedang apa yang difikirkan lelaki itu. Terlalu misteri. Hm, Aus si lelaki misteri. Bila fikir balik, ada bahayanya kalua berjumpa dengan lelaki misteri. Tapi di matanya, Aus Cuma tak reti berkongsi apa yang dirasai.

 

"Aus" panggil Malissa lembut.

 

Tanpa perlu menoleh, dia tahu Aus sedang memerhati. "Why? " soalnya. Matanyanya tidak lepas dari memandang ombak pantai. Sungguh menenangkan. Duit burn? Tak apa. Yang penting Aus bawa dia pergi ke pantai.

 

"You won't get the answer. Not for now at least."  Itu saja jawapan yang diberi Aus.

 

Satu senyuman terukir. Itulah jawapannya setiap kali soalan itu menerpa. Keadaan antara mereka berdua sepi. Masing masing tak berganjak dari tempat duduk. Bersila di atas pantai sambil mendengar alunan ombak, apa lagi yang dia mahukan lagi? Berada di sini bersama Aus? Lengkap semuanya!

 

Setelah hampir 30 minit mereka menikmati panorama indah, Aus mula memetic jari seraya bangun. Dikibasnya seluar supaya tidak ada pasir yang melekat pada seluarnya. "Stay put. I’mma get our keys."

 

Malissa hanya menunggu di tepi pantai. Menikmati suasana pantai yang begitu mendamaikan. Tak sangka dia sekarang berada jauh dari pangkuan keluarga. Pertama kali berjalan ke Perak. Paling tak sangka bersama Aus pula tu. Sungguh tak terjangka! Tak pernah walau dalam mimpi dia akan berjalan dengan Aus. Baru jumpa untuk pertama kali tapi dah ke Perak bersama? Kemain sungguh ya seketul Malissa!

 

"Maliss! " jerit Aus. Dari jauh dia nampak Aus menunjukkan kunci bilik. Malissa bangkit dan mula bergerak ke arah lelaki itu. Dengan rambut perangnya, berjaket hitam. Pakai mask pula tu. Hm kacak. "This is yours. Go have a rest first. Then we'll think what to do." Ujarnya. Memandangkan sudah lewat petang, lebih baik masa yang ada ni mereka berdua berehat dahulu.

 

Kunci bertukar tangan. Bagpack dicapai. Dia hanya mengekori Aus untuk sampai ke bilik. Tak sangka biliknya benar benar mengadap pantai. Aus pula menginap di bilik sebelahnya.

 

Masuk saja ke dalam bilik, bag diletak tepi. Badan direbahkan ke atas katil. Penat yang amat! Lambat lambat Malissa menutup mata dan menerawang.

 

Malissa sedar bila terdengar bunyi ketukan demi ketukan. Mahu tak mahu dia perlu bangkit untuk buka pintu. Buka saja pintu terpacul Aus dihadapannya bersama satu beg plastik berisi air dan roti.

 

"It's getting late already but I managed to get these things for you. You tidur lama sangat since we got here. Don't forget to eat okay." Terpancar riak risau pada wajah Aus.

 

Plastik bertukar tangan. Tanpa membuang masa, Aus kembali ke biliknya. Biarkan Malissa terpaku sendirian. Dia masih lagi terpana dengan situasi sebentar tadi. Jarang jarang dia dapat lihat sisi Aus yang ini.

 

Terima kasih Aus.

 

 

Keesokkan harinya mereka mulakan aktiviti melihat matahari terbit. Gila punya gila si Malissa sanggup ketuk pintu bilik Aus selepas subuh. Orang kalua boleh nak sambung tidur, tapi lain pulak jadinya. Nak tak nak digagahkan juga dia menuruti permintaan si Malissa. Disebabkan masih pagi dan belum ada tanda tanda matahari terbit, Aus ambil keputusan untuk baring beralaskan pasir pantai. “Dah terbit, you kejut I.” itu saja yang diucapnya sebelum sambung tidur.

 

Malissa mula menggeleng kepala. Sempat aja nak tidur. Dirinya masih lagi duduk di sebelah Aus. Sesekali dia menatap wajah lelaki itu. Polos sahaja mukanya bila tidur. Fikirnya bila Aus tidur, bolehlah dia memandang lelaki itu tanpa rasa bersalah.

 

Hakikatnya, Aus tahu dan sedar ada sepasang mata sedang memerhatikan dirinya secara diam. Sengaja dia buat tidak perasan. ‘Such a stalker.’ Fikirnya.

 

“Macam mana you nak tahu dah terbit matahari kalua asyik tengok muka I?” katanya bersahaja. Mata masih tutup. Dia boleh agak wajah Malissa dah kemerahan. Sudahnya mata dibuka, dan pusing mengadap Malissa. Tanggannya menongkat kepala. “You ni memang dari dulu suka stalk I. dulu kantoi stalk insta story I. patu sekarang kantoi tengok I time I tidur.” Sebelah tangannya yang masih bebas sengaja menghuru harakan rambut gadis itu.

 

Suka dia bila lihat Malissa sebegini. Geram, malu, comel. Doanya dalam diam supaya dia sentiasa dapat melihat wajah itu.

 

 

2023.

 

Sejak kebelakangan ini bumi metropolitan sering dihujani. Tak tahu sama ada bumi sedang bersedih atau hujan yang turun dikatakan rahmat, yalah mencuci dosa dosa yang dilakukan oleh manusia. Melihat hujan yang turun dari tingkat 8 membuatkan dia dibuai kenangan lama. Atau barangkali melayan perasaan.

 

Sudahlah hujan, bersendirian pulak tu tambahan lagi dengan bau aroma peach lagi membuatkan Malissa bertambah sendu. Sendu yang tak tahu nak digambarkan bagaimana. Kadang terasa menyesal, kadang rasa kosong.

 

Hanya kerana satu nama.

 

Aus.

 

"Oh well December. How can I ever move on from him?"

 

Flashback...

 

"Don't think that I will ever come back after what you did!" jerit Aus bengang. Rasa amarah makin menebal dalam hati. Malissa yang berada di hadapannya dipandang. Satu keluhan dilepaskan.

 

"You know what Malis? Let's just stop everything right now. Delete everything. The pictures, conversation and memories..." belum sempat ayatnya dihabiskan, Malissa bersuara.

 

"I don't want."

 

Sebal dengan jawapan Malissa, dirampasnya phone Malissa. SD card, sim card milik Malissa dikeluarkan dan disimpan di dalam poket seluar. Phone tadi? Dihempaskan ke tanah.

 

Easy right? Heh. "Don't act like I'm the one who hurt you."

 

Tanpa menunggu balasan gadis itu, Aus terus berlalu pergi tanpa menoleh kembali.

 

Malissa terkedu. Phone dah berkecai. Aus pula pergi. Hanya kerana dia mahu tahu isi hati lelaki itu yang sebenarnya.

 

I just want to know if you ever love me...

 

 

Do you ever run from your past?

Or you just keep reliving in the past?

Did you choose to move on or still hoping that you would turn back time?

 

Buat seketul Malissa, dia seakan tersekat di tengah tengah antara dua. Menunggu dan cuba untuk melupakan. Dia masih lagi dilemma. Tidak tahu keputusan apa yang sepatutnya dia pilih. Bagaimana dia boleh teruskan hidup umpama tiada apa apa yang jadi sedangkan dia tahu terbitnya satu rasa antara mereka berdua.

 

Hari ini sudah termasuk lima hari bumi metropolitan hujan. Kali ini dia baru saja ingin pulang dari pejabat sewaktu bermulanya hujan. Sebelum pulang, sempat dia menyinggah Starbucks untuk menikmati Caramel Machiato. Dia tahu waktu begini, mrt akan padat dengan manusia yang baru pulang. Seperti biasa dia akan lepak dahulu di Starbucks. Mujurlah pejabatnya hanya di dalam kawasasan mall the curve. Well, being a leasing executive really does have perks.

 

Secangkir kopi disisip perlahan. Nikmat. Sesekali dia memerhati gelagat manusia yang berada di dalam kawasan kedai. Entah macam mana dia tercuit tatkala melihat seorang lelaki berambut hitam keperangan dan memakai topeng muka hitam mula memasuki Starbucks. Gaya lelaki tersebut, saling tak tumpah seperti jejaka yang dikenalinya tiga tahun lepas.

 

Aus. Kalau saja lelaki itu benaran Aus, sudah pastinya dia mahu menegur. Sebelum sempat dia berbuat apa apa, akalnya memesan supaya tidak melakukan perkara yang memalukan. Hm tahulah rindukan Aus, masakan semua lelaki yang berambut hitam keperangan dan memakai topeng dicopnya Aus? Gila bayang namanya tu! Seketika kemudian Malissa menjawab panggilan telefon apabila tertera nama Diyan di paparan skrin.

 

“Yep?”

 

“Again? Ha yelah aku balik sekarang. Nanti aku sampai, kau ambil aku kat tempat biasa.”

 

Segera dia bangkit dan meningglkan kawasan Starbucks. Entah macam mana pula si Diyan boleh terlupa untuk membawa kunci rumah. Tulah, kelam kelibut lagi sewaktu nak keluar pagi tadi. Kakinya mula melangkah menuju ke MRT Mutiara Damansara. Mujur saja dia tidak perlu menunggu lama untuk mrt seterusnya. Sewaktu dia melangkah masuk ke dalam perut MRT, baru dia perasan sesuatu. Lelaki yang sama dia nampak di Starbucks juga menaiki MRT yang sama dengannya.

 

Ah kebetulan sungguh bila terdapat dua tempat kosong. Mereka berdua pilih untuk duduk bersebelahan.  Kebetulan yang sangat mengujakan. Mungkin? Mahu ajak berborak tapi tak mahu dicop busy body. Sudahnya dia hanya membiarkan semua itu berlalu sahaja. Dia pasti tidak ada ruang untuk dia mengenali lelaki itu. Sampai saja di hentian Kota Damansara, dia bangkit dan mula keluar. Barangkali sedikit berharap agar lelaki itu menoleh. Tapi tu semua hanyalah angan angan.

 

 

"Sorry aku lupa nak bawak kunci. I thought that you would be home."

 

Malissa hanya senyum tipis. Jam tangan dikerling. Sudah jam 6.45 petang.

 

"Should we eat outside atau nak masak? "

 

"up to you la malis."

 

"karang lepas isya kita keluar okay? "

 

Diyan angguk. Tapi tak lama lepas tu diyan mula bersuara. "tapi malam ni aku lupa aku ada date."

 

"aaa macam tu aku just order ja nanti. It's okay"

 

 

Sampai saja di rumah, Malissa terus memasuki biliknya. Pintu bilik ditutup perlahan. Tote bag disangkut di kerusi. Badan direbahkan di atas katil. Mata dipejamkan buat seketika.

 

‘I feel like I have known you for a long time. Need that person now but I did not know him yet.’

 

Aneh bukan?

 

Atau dejavu?

 

Hampir lima minit berbaring, Malissa ambil keputusan untuk meneruskan kehidupannya tanpa perlu berfikir lagi gerangan lelaki yang dijumpainya. Mungkin hidup mereka tak akan bersilang. Life need to move on.

 

Malam itu teman serumahnya keluar. Tinggal Malissa sahaja di rumah. Mahu memasak terasa malas kerana hanya dia yang ada. Mahu memesan makanan luar, tak tahu pula mahu makan apa. Susah sungguh walhal nak pilih makan apa! Peti sejuk dibuka dan sebiji epal merah dikeluarkan dan dibasuh. Ruang tamu dituju, remote diambil dan mula memilih siaran. Sambil sambil dia gigit epal.

 

Telefon mula berdering. Tertera nama Hanif di notifikasi. Entah apa kawannya itu mahu.

 

Hanif : Jom hangout?

 

Malissa : Hmm

 

Afrina : Jomlah Malis. Lama kita tak hangout bertiga.

 

Kali terakhir mereka lepak bersama rasanya kira kira tiga tahun lalu. Sewaktu masing masing berada di universiti. Sekarang masing masing dah bekerja.

 

Hanif : So? Dua lawan satu. Jomlah Malis.

 

Malissa : Okay.. Mana kali ni?

 

Afrina : Pavi?

 

Malissa : Jumpa kat pavi esok 👌

 

 

AUS’ POV

 

‘I see her today. At Starbucks. But she doesn't seem to remember me. Oh boi, i can feel the ache deep inside of my heart.’

 

Langkahnya dimatikan saat dia memerhati yang Malissa sudah pun bergerak pergi. Sudahnya diambil keputusan untuk mengekorinya hingga ke stesen mrt. Ah bagai jadi kebetulan sungguh bila mereka memasuki ke dalam gerabak MRT yang sama. Walhal, dia memang ikut saja si Malissa hanya kerana dia rindukan gadis itu.

 

Terdapat dua tempat kosong dan mereka berdua ambil keputusan untuk duduk di situ. Hatinya bagai mahu menegur Malissa tapi otak berkata sebaliknya. Dia tak mahu tiba tiba dicopkan sebagai pervert pula.

 

Did you already forget about me, Malissa?

 

Satu keluhan dilepaskan. Sudah tiga tahun dia mencari tapi bila mereka berjumpa kembali, Malissa tidak ingat akan dirinya. Agak kesal sebenarnya. Tanpa sedar Malissa di sebelahnya bingkas bangun apabila mrt tiba di stesyen Kota Damansara. Lambat lambat dia paling untuk melihat. Namun gadis itu langsung pergi tanpa berpaling untuk melihatnya. Sekali lagi hatinya terasa sakit.

 

Sekarang ni cuma ada dua pilihan. Sama ada cuba dekati Malissa atau putus asa sahaja.

 

Dan dia takkan berputus asa.

 

Sekeping gambar polaroid ditatap. Gambar mereka berdua tatkala kali pertama berjumpa. Waktu itu Malissa sedang cuti semester dan menghabiskan hari hari terakhir cuti dengan berjalan di sekitar Kuala Lumpur.  Dia seorang yang berani sebenarnya walaupun gadis itu sering ucap bahawa dia adalah pengecut. Pengecut tapi berani menerawang sendirian di bandar metropolitan.

 

Walaupun sudah bertahun mereka tidak bertegur sapa, Aus masih ingat lagi suara Malissa. Dia jadi tertanya apa yang telah berlaku pada Malissa sehingga gadis itu tidak lagi mengingati dirinya.

 

Mungkin salahnya kerana menoktah hubungan persahabatan mereka berdua dengan pertelingkahan. Tapi pertelingkahan sudah jadi perkara biasa dalam hubungan persahabatan mereka berdua. Mana taknya boleh gaduh, dah masing masing asyik menjulang ego.

 

Moga lambat laun nanti, takdir mereka akan bersilang.

 

 

Sudah sebulan berlalu sejak pertemuannya dengan klon Aus. Heh. Senang saja dia namakan lelaki yang mirip dengan Aus sebagai klonnya. Saying sekali, itulah kali pertama dan kali terakhir dia melihat seseorang mirip dengan Aus. Mungkin dia yang terlalu rindukan lelaki itu sehingga nampak bayang bayangnya.

 

Hari itu, bumi sekali lagi dibasahi hujan. Sudahnya tanpa sedar dia membawa diri ke stesyen MRT Kota Damansara. Sebelum dia keluar dari kereta, sepasang earphone dicucuk pada telinga. Aplikasi Spotify dibuka lalu lagu The Last Time nyanyian Taylor Swift dimainkan. Tanpa payung untuk melindunginya dari hujan, Malissa terus melangkah dengan tenang.

 

Bila hujan saja, ingatannya sering kali kembali pada sebaris nama. Sebaris nama yang masih lagi istimewa. Takkan dia lupakan sampai bila bila.

 

Aus.

 

Entah kenapa berada di sini bisa membuatkan hatinya cukup tenang. Mungkin sebab mereka sering bertemu di stesyen ini.  Tapi disebabkan tempoh hari mereka bergaduh besar dan masing masing mula berhenti berbicara buatkan Malissa tidak memasang harapan untuk bersua muka. Setidaknya bukan hari ini.

 

Tapi takdir pula menentukan sebaliknya. Sewaktu MRT tiba, muncul sebuah figura yang cukup dikenalinya. Tak lain tak bukan Aus.

 

Seperti Malissa, lelaki itu turut kaku melihat kelibatnya.

 

"Aus."

 

"Malis."

 

Mujur waktu itu hanya Aus saja yang turun dari MRT.  Jadi bolehlah berangan seperti cerit cliche walau hakikatnya tidaklah cliche mana.

 

Disebabkan masing masing tidak bersuara, Malissa ambil keputusan untuk mulakan perbualan. "You're here." Hm punyalah banyak rangka ayat difikir tapi yang keluar itu saja. Hampeh betul.

 

Aus angguk perlahan. "I'm not sure how I got here." Balasnya.

 

"I'm glad you're here."

 

 

"How have you been?" Soal Aus. Melihat keadaan gadis di hadapannya, Aus boleh agak Malissa baik baik saja. Kakinya melangkah menuju ke bangku berhampiran.

 

Malissa masih lagi sepi tanpa kata.

 

"Malis... " belum sempat Aus berkata, laju ayatnya dipotong Malis.

 

"You left me. You freaking left me." Ujar Malissa. Wajahnya masih lagi tertancap pada sepasang kasut chuck and taylor miliknya. "You left, Aus." Air matanya mula tumpah. Sungguh dia tidak mampu menampung rasa kecewa terlalu lama.

 

"I'm here, didn't I? " lembut saja suara Aus memujuk Malissa. Dia tahu dia bersalah dalam hal ini. Salah dia kerana pergi hanya disebabkan dia takut Malissa akan meninggalkannya suatu hari nanti.

 

Malissa mengangkat wajahnya dan dipandandang tepat pada mata Aus. Mencari makna sebenarnya dalam ayatnya sebentar tadi. Orang kata mulut sering kali menuturkan kata kata palsu, tapi mata tidak bisa untuk menipu. "I've been here and you were nowhere to be found."

 

"You're wrong." Katanya sebelum mengeluarkan satu buku tebal. Buku itu kemudian dihulurkan kepada Malissa. Dengan penuh panasaran Malisa mula membelek buku tersebut. Siapa sangka buku itu merupakan diari milik Aus. Isinya penuh dengan rutin harian lelaki itu serta catatan tentang seorang gadis. "It's always you."

 

Secara tiba tiba Malissa menggelemg laju kepalanya. Diari milik Aus dikembalikan semula. "I can't do this." Dia mula bangkit dan berkira kira mahu pergi dari situ. Sebelum sempat dia pergi, Aus sempat meraih pergelangan tangannya. Menghalang Malissa dari terus pergi.

 

Dia tak perlukan rasa sakit datang kembali. Dua tahun dia menderita kerana rindukan lelaki bernama Aus. Dua tahun dia hidup berpaksikan kisah silam. Bila Aus muncul hari ini, dia jadi takut untuk rasa sakit ditinggalkan.

 

Sepanjang perkenalan mereka berdua, gaduh tak usah diceritakan. Ditinggalkan dan meninggalkan sudah sebati. Walaupun begitu, mereka sentiasa berbaik semula. Semuanya berubah saat dia bertanya siapa dirinya dalam hidup lelaki itu. Kawan? Teman tapi mesra? Lebih dari kawan?

 

"'Til I wake up in the morning, you're all that I see...You run through my head, in and out of my dreams... Breathe for a minute, try and focus on me... But I can't think of anyone else... "

 

Malissa memejam rapat matanya. Air mata sudah mula membasahi wajah.

 

"Now my heart is broken and I'm crying on the floor... And every part of me hopes you walk through the door... But you're not here, baby, and I can't love anyone else... 'Til I forgive myself"

 

Ini semua satu penipuan. Satu penipuan.

 

"I won't let you go. Not when I know how deeply we're hurt." Tenang suara Aus mengutarakan bait bicaranya. "Once you asked me if I ever love you. The truth is, I love you from the first we met and it has always been you."

 

Dengan perlahan Malissa menghadap Aus. "Lies you told yourself." Ujarnya.

 

"Is it really a lie if I show you this? " soalnya sambil mengeluarkan kotak baldu merah dari poket jaketnya. Kemudian dia membuka dan menunjuk isi dalamnya. "Kita kahwin, Malissa."

 

T.A.M.A.T

Comments

Popular posts from this blog

Cerpen : Sepet The Ice-Stoned Prince

Salam dan hai. Orked menunggu sahabatnya di pondok bacaan berdekatan surau sekolah. Sabar menanti sahabatnya datang bersama dua bekas polisterin berisi nasi ambang. Sejak 10 minit lepas batang hidung Nisya tak kelihatan. Haih, mesti tersangkut dalam jem tu.  Sibuk dia termenung memikirkan Nisya, ada satu suara asing menyentak lamunannya. "Ehem!!" "Awak batuk ke? Kalau batuk, pergi bilik kesihatan mintak ubat batuk cap ibu dan anak. Kompem baik." jawabnya ramah. Walhal sebenarnya dia perli dalam diam. "Cikgu Sharil nak jumpa." balasnya dingin. Sempat dia menjeling Orked. Dingin betul. Terasa kesejukkannya. "Kat mana? Tapi saya belum makan lagi ni." Orked buat muka sedih.  "Lepas makan jumpa cikgu terus. Cikgu nak bincang pasal laman seni belakang bangunan sekolah." Oh ya. Hampir terlupa dia bahawa dia perlu membantu cikgu Sharil dalam menjayakan laman seni sekolah. Orked angguk mengerti. &quo

Prompt Writing #1

  Suasana di lapangan terbang masih seperti biasa, dipenuhi dengan manusia. Kakinya melangkah menuju Starbucks berhampiran. 13 jam berada di dalam kapal terbang membuatkan dia berasa jet lag. Oleh itu solusi yang paling tepat adalah untuk topup caffeine di dalam badan. Selepas tiga tahun akhirnya dia pulang ke tanah air. Tiga tahun menjadi anak perantau cukup membuatkan dia rindu dengan tanah airnya. Tidak lupa juga dengan insan tersayang, keluarga dan kekasih hati. Cakap soal kekasih hati, sepatutnya lelaki itu ada di sini untuk menyambut kepulangannya. Tapi sehingga sekarang bayangnya masih tidak mumcul. Lupakah dia? Nombor sang kekasih hati didail. Tak ambil masa yang lama untuk panggilannya dijawab. Namun bukan suara itu yang dia harapkan untuk menjawab. "Hello?" suara seorang gadis di hujung talian. "Hi. May I speak to Ziyad" ada getaran dalam percakapannya. Seboleh bolehnya dia cuba untuk berfikir yang baik baik. "Sorry ya. Ziyad kat tandas. You may talk