Skip to main content

Paracosm : Luna

So you can keep me
Inside the pocket of your ripped jeans
Holding me close until our eyes meet
You won't ever be alone

Wait for me to come home.

Playlist ditutup.

Baring di atas pasir berbumbungkan langit malam. Angin pula nyaman rasanya. Nasib baik dia pakai sweater. Bulan penuh. Terlalu indah ciptaan Tuhan. Dihiasi pula jutaan bintang di angkasa raya.

Allah maha hebat. Perlahan lahan dia menutup matanya. Dia cuma mahu lelap.

"Naila, bangunlah. Dah lewat ni. Kau tak makan ubat lagi ni." bebel Atria sewaktu mendapatkan sahabatnya itu.

"Naila?" dia masih tak bergerak walaupun badannya digoncang.

"Ya Atria?" lemah saja suara itu bersuara.

Atria lap air matanya. Dia bantu Naila bangkit. "enough for today. Nanti kau sakit lagi."

"aku dah biasa."

--

Mata dicelik. Tangan meraba sisi sebelah untuk mencari phone dalam gelap. Baru jam dua pagi. Rasanya dia bermimpi lagi. Aneh. Tiba tiba wajah itu muncul dalam mimpinya. Apa budak itu baik baik saja? Ah sial, apasal dia masih ingat lagi padahal sudah dua tahun berlalu.

Hoodie disarungkan padah tubuh. Sebelum keluar chalet, di pastikan mak dan ayah masih lagi lena. Dia perlu redakan rasa gundah yang tak sepatutnya ada.

--

Dan malam merakamkan sesuatu yang kita tak pernah jangka ia akan berlaku.

Comments

Popular posts from this blog

Prompt Writing #4

  Luke tersengih sengih saat gadis kesayangannya tiba di perpustakaan. Sengaja dia duduk di tempat biasa gadis itu. Apa lagi seronok dari tengok seketul Eva menahan marah? Hehe. Oh bukannya dia tak tahu consequences. Dia tahu dan dia tak ambil peduli. Apa yang penting dia dapat menyakat Eva. "Hey sayang." Katanya sambil mengenyit mata.  Eva yang lalu hanya buat tak tahu. Sumpah menyirap. Sumpah geli dengan kelakuan Luke. Kalau boleh mahu aje ditikam dan disiat siat lelaki itu! Eva tak tahulah apa yang malang sangat hidupnya sampai ditakdirkan untuk bersilang langkah dengan Luke.  Luke Walker.  Siapa saja tak kenal gerangan empunya nama itu. Oh everybody knows him. Satu fakulti kenal! But the truth is, Luke Walker is nothing more than a douchebag. Tak lebih tak kurang.  Disebabkan tempat biasa telah di-hijact Luke, Eva terpaksa ke kaunter untuk meminta satu kubikel untuk dirinya. Kalau boleh, nak saja dia mengamuk depan lelaki itu agar terus berhenti kacau d...

Prompt Writing #2

  Tengah hari itu semua pelajar Victorian berkumpul di Dewan Nieven. Seisi dewan mula dipenuhi dengan pelajar. Ada yang tertanya motif perhimpunan, ada yang seronok sebab boleh keluar dari kelas yang membosankan dan ada juga yang langsung tak hirau dengan keadaan sekeliling.  Edry, Aus dan Jules tiba lewat di dewan. Mujur saja perhimpunan masih belum bermula. Tiga sekawan mula mengambil tempat duduk di belakang sekali. Ya tempat paling belakang tempat paling best. Edry, Aus dan Jules tiba lewat di dewan. Mujur saja perhimpunan masih belum bermula. Tiga sekawan mula mengambil tempat duduk di belakang sekali. Ya tempat paling belakang tempat paling best.  Suasana di dewan mula bising. Masing masing mula panas punggung. Nak kurung berapa lama lagi agaknya? "Aku bet ni macam permulaan untuk the hunger games." bisik Aus. Matanya masih ralit memerhati sekeliling. Jules di sebelah mula mencebik. Aus kalau bab merepek aduhaiii.  Hampir lima belas minit menunggu, Alex si ketu...

Cerpen : Truly Yours

  Knowing you has been the best thing that’s ever happened to me. Tiga tahun sebelum : 2020   Pertama kali dia melihat Malissa setelah sekian lama mereka hanya berhubung melalui aplikasi whatsapp. Orangnya pendek sahaja, dalam lingkungan 150cm mungkin? Berambut pendek dan mempunya sepasang mata yang sepet tiap kali gadis itu senyum. Dari jauh lagi dia sudah boleh nampak Malissa. Berani sungguh untuk seorang gadis datang berjalan jauh hanya untuk sebuah reality eskep. Dia yang hanya menunggu di balai menunggu, tersenyum di sebalik topeng muka hitam. Comel sungguh bila si gadis Malissa berjaya menangkap kelibat dirinya. Dia punya senyum sampai ke telinga mengalahkan budak kecil dapat jajan.   Tak dapat dinafikan gadis itu punya senyuman yang menawan. Lesung pipit di pipi kanannya jelas kelihatan. Manis untuk dipandang. Jauh di sudut hatinya, ada satu rasa yang mula menjentik tangkai hatinya bila dengar suaranya secara depan depan.   "wah. Saya tak sangka ...