Skip to main content

Paracosm : Liberosis

Situasi : kelam hingga tak terlihat subjek utama. Sumber cahaya dari laptop di atas meja. Suram.

Mood : heartless

Laptop dibiarkan tanpa tutup, badan direbah atas katil. Kamera DSLR diambil dan dibelek kembali. Gambar dia bersama keluarga.

Hari ni 18 April. maknanya sudah tiga tahun berlalu. Ah sial. Dia tak patut fikir itu. Pergi mati dengan semuanya.

Kamera ditutup. Esok dia akan merantau ke Pulau Tioman. Dia mahu bawa mak dan ayahnya berjalan. Ya selagi mereka masih punya kudrat untuk berjalan, inilah masanya untuk luangkan masa bersama mereka.

Dah lebih baik dia masuk kubur sekarang.

--

Tempat : Pulau Tioman

Situasi : subuh dan mereka yang lain baru saja pulang dari surau berdekatan di chalet.

Zikri duduk bersila di hadapan ungun api yang sudah mati.  Begitu juga dengan yang lain. Cuma Ji, Fana, Jals dengan Dila nak bersarapan dulu.

"Nak sarapan, pergi cuci muka dulu. Since it is still early, aku nak sambung tidur." tutur Zikri sambil bangkit. Ya sejak malam tadi dia tak tidur sebab berjaga untuk mereka semua.

"aku nak cari makanan kat gerai gerai. Kau nak apa apa? "

Naila sengih sambil geleng. "kalau ada takoyaki belikan aku tiga dulang.. Itu belum lagi.."

Atria tarik muka masam. "Dah dah. Aku gerak lu."

"Meh Aisy temankan."

"Hati hati Aisy, balik dengan cukup sifat plis. Jangan jadi macam Atria kah kah kah."

"Naila, aku sekeh nanti baru hang tahu langit tu tinggi rendah."

--

Sejuk saja bila berjalan berkaki ayan di gigi air pantai. Dengan tshirt gedebahnya, seluar track dengan tudung sarung. Nampak macam gaya budak sekolah menangah. Memang pun. Dari dulu sampai sekarang ketinggiannya terbantut.

'hm apa yang jadi sebenarnya kat Pangkor tahun lepas?'

Comments

Popular posts from this blog

Prompt Writing #4

  Luke tersengih sengih saat gadis kesayangannya tiba di perpustakaan. Sengaja dia duduk di tempat biasa gadis itu. Apa lagi seronok dari tengok seketul Eva menahan marah? Hehe. Oh bukannya dia tak tahu consequences. Dia tahu dan dia tak ambil peduli. Apa yang penting dia dapat menyakat Eva. "Hey sayang." Katanya sambil mengenyit mata.  Eva yang lalu hanya buat tak tahu. Sumpah menyirap. Sumpah geli dengan kelakuan Luke. Kalau boleh mahu aje ditikam dan disiat siat lelaki itu! Eva tak tahulah apa yang malang sangat hidupnya sampai ditakdirkan untuk bersilang langkah dengan Luke.  Luke Walker.  Siapa saja tak kenal gerangan empunya nama itu. Oh everybody knows him. Satu fakulti kenal! But the truth is, Luke Walker is nothing more than a douchebag. Tak lebih tak kurang.  Disebabkan tempat biasa telah di-hijact Luke, Eva terpaksa ke kaunter untuk meminta satu kubikel untuk dirinya. Kalau boleh, nak saja dia mengamuk depan lelaki itu agar terus berhenti kacau d...

Cerpen : Sepet The Ice-Stoned Prince

Salam dan hai. Orked menunggu sahabatnya di pondok bacaan berdekatan surau sekolah. Sabar menanti sahabatnya datang bersama dua bekas polisterin berisi nasi ambang. Sejak 10 minit lepas batang hidung Nisya tak kelihatan. Haih, mesti tersangkut dalam jem tu.  Sibuk dia termenung memikirkan Nisya, ada satu suara asing menyentak lamunannya. "Ehem!!" "Awak batuk ke? Kalau batuk, pergi bilik kesihatan mintak ubat batuk cap ibu dan anak. Kompem baik." jawabnya ramah. Walhal sebenarnya dia perli dalam diam. "Cikgu Sharil nak jumpa." balasnya dingin. Sempat dia menjeling Orked. Dingin betul. Terasa kesejukkannya. "Kat mana? Tapi saya belum makan lagi ni." Orked buat muka sedih.  "Lepas makan jumpa cikgu terus. Cikgu nak bincang pasal laman seni belakang bangunan sekolah." Oh ya. Hampir terlupa dia bahawa dia perlu membantu cikgu Sharil dalam menjayakan laman seni sekolah. Orked angguk mengerti. ...

Kistot : Target

" Aku taknak jadi pembunuh lagi ." Reel campak sepucuk revolver jauh darinya. Serta merta kepalanya sakit. Telinganya jd bingit. Darah mula mengalir setitik dari lubanh telinga dan lubang hidung. "Dajei. Sakit lah lekhnet! Okay okay aku buat."  suaranya separuh menjerit. Tidak tahan dengan kesakitan yg dialaminya. Telinga tidak lagi bingit dengan jeritan yang menyaringkan. Begitu juga sakit kepalanya sudah hilang. Reel mengeluh. Mahu tak mahu dia harus selesaikan misi yang diberi. Pisau rambo di atas meja dicapai. Kemudian dia terus bergerak mencari mangsa yang terakhir. Dia sendiri tidak mengerti apa yang berlaku sekarang. Mindanya berada dalam keadaan separa sedar. Seolah olah ada sesuatu yang mengawal mindanya dan terus terusan menerima arahan dari seseorang. Tapi bunuh? BUNUH. Seumur hidupnya, entah kali ke berapa tangannya telah meragut nyawa manusia lain. Dia tak pasti bilangan mayat yang sudah direntap nyawa dari jasad. Random people at random time...