Skip to main content

Kistot : Target

"Aku taknak jadi pembunuh lagi." Reel campak sepucuk revolver jauh darinya. Serta merta kepalanya sakit. Telinganya jd bingit. Darah mula mengalir setitik dari lubanh telinga dan lubang hidung.
"Dajei. Sakit lah lekhnet! Okay okay aku buat." suaranya separuh menjerit. Tidak tahan dengan kesakitan yg dialaminya.
Telinga tidak lagi bingit dengan jeritan yang menyaringkan. Begitu juga sakit kepalanya sudah hilang. Reel mengeluh. Mahu tak mahu dia harus selesaikan misi yang diberi.
Pisau rambo di atas meja dicapai. Kemudian dia terus bergerak mencari mangsa yang terakhir.
Dia sendiri tidak mengerti apa yang berlaku sekarang. Mindanya berada dalam keadaan separa sedar. Seolah olah ada sesuatu yang mengawal mindanya dan terus terusan menerima arahan dari seseorang. Tapi bunuh? BUNUH. Seumur hidupnya, entah kali ke berapa tangannya telah meragut nyawa manusia lain. Dia tak pasti bilangan mayat yang sudah direntap nyawa dari jasad.
Random people at random time. Begitulah mangsanya. Dan sekarang dia berada di lorong gelap pagi pagi buta mencari mangsa.
Jam baru injak ke angka 1 pagi saat Anne keluar dari 7E. Dia baru saha habis syif malam. Sedikit terlewat kerana Farhan lupa yang dia bertugas syif pagi.
Reel senyum. Diperhatikan saja mangsanya berjalan tanpa sedikit pun menyedari kehadirannya. Misi yang mudah rasanya. Dia juga sudah bersedia.
Reel mendekati gadis itu. Dalam sekelip mata dia cucuk picagari di leher gadis itu.
Anne tersentak saat lehernya dicucuk. Sempat dia berpaling sebelum rebah. Dan semuanya kembali hitam.
Terkejut Reel ketika dia membuka kain yang menutupi kepala gadis itu. Dia kenal. Anne. His childhood friend.
Apa aku dah buat?
Dia jadi tak sampai hati. Untuk menyelongkar segala organ Anne, dia tidak sanggup. Perasaannya berbaur.
Di luar bangsar lama miliknya, Reel mula menggali tanah sedalam yang mungkin. Walaupun dia tidak mecedera tubuh Anne secara fizikal, dia tahu dadah paralytic yang telah disuntiknya beberapa jam lepas pasti akan mematikan segala saraf Anne. Tunggu sikit masa saja gadis itu akan menemui maut.
Aku minta maaf, Anne. I had to do this.
Tubuh Anne yang kaku dicampak ke dalam tanah yang sudah digali. Perasaan takut mula menghurung jiwanya. Dia takut kalau orang lain akan mula perasan kehilangan Anne. Dia jadi risau kalau kalau ada yang melihatnya berbuat demikian. Rasa bersalah. Sepatutnya dia cari saja orang lain daripada memilih sahabatnya sebagai random target.

Comments

  1. perhaps...wrong target. sad.

    ReplyDelete
  2. Imagination without barrier of mind, let it out. Nice story tapi still kena tambah ajinomoto kasi kaw sikit cerita ni :)


    -Farr

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Prompt Writing #4

  Luke tersengih sengih saat gadis kesayangannya tiba di perpustakaan. Sengaja dia duduk di tempat biasa gadis itu. Apa lagi seronok dari tengok seketul Eva menahan marah? Hehe. Oh bukannya dia tak tahu consequences. Dia tahu dan dia tak ambil peduli. Apa yang penting dia dapat menyakat Eva. "Hey sayang." Katanya sambil mengenyit mata.  Eva yang lalu hanya buat tak tahu. Sumpah menyirap. Sumpah geli dengan kelakuan Luke. Kalau boleh mahu aje ditikam dan disiat siat lelaki itu! Eva tak tahulah apa yang malang sangat hidupnya sampai ditakdirkan untuk bersilang langkah dengan Luke.  Luke Walker.  Siapa saja tak kenal gerangan empunya nama itu. Oh everybody knows him. Satu fakulti kenal! But the truth is, Luke Walker is nothing more than a douchebag. Tak lebih tak kurang.  Disebabkan tempat biasa telah di-hijact Luke, Eva terpaksa ke kaunter untuk meminta satu kubikel untuk dirinya. Kalau boleh, nak saja dia mengamuk depan lelaki itu agar terus berhenti kacau d...

Prompt Writing #2

  Tengah hari itu semua pelajar Victorian berkumpul di Dewan Nieven. Seisi dewan mula dipenuhi dengan pelajar. Ada yang tertanya motif perhimpunan, ada yang seronok sebab boleh keluar dari kelas yang membosankan dan ada juga yang langsung tak hirau dengan keadaan sekeliling.  Edry, Aus dan Jules tiba lewat di dewan. Mujur saja perhimpunan masih belum bermula. Tiga sekawan mula mengambil tempat duduk di belakang sekali. Ya tempat paling belakang tempat paling best. Edry, Aus dan Jules tiba lewat di dewan. Mujur saja perhimpunan masih belum bermula. Tiga sekawan mula mengambil tempat duduk di belakang sekali. Ya tempat paling belakang tempat paling best.  Suasana di dewan mula bising. Masing masing mula panas punggung. Nak kurung berapa lama lagi agaknya? "Aku bet ni macam permulaan untuk the hunger games." bisik Aus. Matanya masih ralit memerhati sekeliling. Jules di sebelah mula mencebik. Aus kalau bab merepek aduhaiii.  Hampir lima belas minit menunggu, Alex si ketu...

Cerpen : Memori

salam dan hai. "Aku akan pergi sambung belajar. Jaga diri. Jangan nangis bila aku tiada. Jangan gatal sangat nak cari bala bila aku terlalu jauh dari kau." pesan Rafi. Sebenarnya dia berat hati untuk meninggalkan Azza. Tapi kerana masa depan, mahu tak mahu mereka terpaksa berpisah untuk seketika. Si gadis angguk lemah. Wajah Kusyairy ditatap penuh makna. Dia mahu lakar potret lelaki itu dalam hatinya. "Berapa lama?" Rafi jeda sebentar. "Lima tahun. Hanya untuk lima tahun saja." Lima tahun. Satu jangka panjang yang lama. "Aku tunggu kau pulang nanti." "Nah." sebuah diari tebal berwarna ungu diberikan. "Coret apa saja yang berlaku dalam hidup kau. Aku mahu baca bila kita jumpa kembali." "Aku sayangkan kau Azza Balvisyia. Bila aku sayang, sampai mati aku sayang." -- Lima tahun kemudian. Dear diary, Dah genap lima tahun aku tunggu dia. Dia kata mahu pulang. Tapi mana di...