Salam dan hai.
Orked menunggu sahabatnya di pondok bacaan berdekatan surau sekolah. Sabar menanti sahabatnya datang bersama dua bekas polisterin berisi nasi ambang. Sejak 10 minit lepas batang hidung Nisya tak kelihatan. Haih, mesti tersangkut dalam jem tu.
Sibuk dia termenung memikirkan Nisya, ada satu suara asing menyentak lamunannya.
"Ehem!!"
"Awak batuk ke? Kalau batuk, pergi bilik kesihatan mintak ubat batuk cap ibu dan anak. Kompem baik." jawabnya ramah. Walhal sebenarnya dia perli dalam diam.
"Cikgu Sharil nak jumpa." balasnya dingin. Sempat dia menjeling Orked.
Dingin betul. Terasa kesejukkannya.
"Kat mana? Tapi saya belum makan lagi ni." Orked buat muka sedih.
"Lepas makan jumpa cikgu terus. Cikgu nak bincang pasal laman seni belakang bangunan sekolah."
Oh ya. Hampir terlupa dia bahawa dia perlu membantu cikgu Sharil dalam menjayakan laman seni sekolah. Orked angguk mengerti.
"Lagi satu, jangan merenyam sangat. Jadi perempuan tu perlu jadi perempuan melayu terakhir."
Pap! Terasa pipinya ditampar oleh kata kata budak lelaki mata sepet itu. Mukanya membahang. Gila tak sentap weh!
Orked pandang mata si sepet dengan hati yang teramat panas. "Jadi manusia tu kena jaga mulut. Mesti insuran mulut tu dah tamat tempoh kan? Patutlah." dia menggeleng perlahan.
"Pergi dulu sepet!" katanya sebelum beredar. Baru puas hati dia. Hahaha.
*
Haziq menghempaskan badannya di atas sofa empuk. Mukanya berbahang. Bukan sebab malu. Tapi marah. Mahu tak panas hatinya bila teringat kejadian yang berlaku sewaktu dia berjumpa Cikgu Sharil. Dan yang paling menyakitkan hati kenapa dia perlu jadi teamwork budak tu. Ya Allah, kau tingkatkanlah tahap kesabaran aku.
Tadi.
"Haziq, kamu kena bantu Orked siapkan mural angkasa lepas okay? Nanti bila si Faizul dah baik demam, dia akan join kamu berdua. Saya bagi tempoh satu bulan setengah untuk korang siapkan." arah Cikgu Ezany.
Terkebil kebil Haziq memandang cikgunya. Ini bukan sesuatu yang baik.
Lambat-lambat dia mengangguk lemah. Sebolehnya dia mahu jarakkan diri daripada gadis itu. haih. Apalah nasib badan.
"Haa Haziq... Jangan kamu nak buli Orked nanti." pesan Cikgu Rozek.
Orked di sebelah dijeling sekilas lalu.
"Cikgu jangan risau. Sunbae sepet ni tak kan berani usik saya. Tahulah saya nanti. Hehehe." jawab Orked sambil mengenyit mata ke arah Haziq.
Did she called me Sunbae sepet?
"Ommo! Sunbae sepet blushing lah cikgu!"
Serentak itu semua yang ada dalam perjumpaan itu pakat mentertawakan dirinya. Makin bengang dirinya dibuat. Siaplah kau budak.
*
Fatin Atiqah menguntum senyuman. Dia dan Nisya sama-sama perhatikan Orked. Sabar menantikan sahabatnya menyiapkan contengan.
Orked angkat muka. Rasa tak selesa apabila diperhatikan sebegitu. "Iye. Korang nak apa?"
"Bila dia pergi, hadirnya senior sepet eh?" soal Nisya sambil mengenyit mata pada Fatin Atiqah.
"Mana ada. Hati aku kebal untuk sebarang perasaan yang remeh. Lagi pun tak rock lah kalau couple-couple ni."
"Kalau kebal... Kenapa kau lukis figura si sepet tu?"
Soalan perangkap.
"Kau suka dia ke weh?"
"Mana ada lah weh!"
*
2.06 petang. Hari kelima dia berkerja.
Orked duduk bersendirian menghadap dinding yang akan dilukisnya nanti. Dia sendiri tak tahu apa nak buat sekarang. Suasana agak terkawal. Cuma ada beberapa orang pelajar yang akan terlibat. Semua sekali ada 15 orang termasuk tiga orang guru seni.
Fikirannya buntu.
Kosong sekosongnya.
Dan...
Dia jadi teringat pada abi dan umi.
"Orked, Esok umi dengan abi nak melawat kawan abi kat Pahang. Kamu duk sendirian tau kat rumah." itu kata uminya, Puan Maya ketika mereka anak beranak bersantai di ruang tamu pada malam itu.
Orked buat muka. "Nak ikut umi. Boleh lah abiku sayang.." dia pandang wajah abinya.
Rambut puteri tunggalnya diusap lembut. "Esok kamu kan sekolah. Kalau kamu rindu kami, pejam mata dan doa."
Walaupun hampa kerana tidak dapat ikut serta, Orked tetap angguk. "Umi dengan abi akan selalu sayang Orked. Ingat tu." pesan Encik Meor Arman.
Umi.
Abi.
Orked sayang umi dan abi.
Wait for me come home.
*
Umi.
Abi.
Orked sayang umi dan abi.
Wait for me come home.
"Orked!!" jeritan cikgu Nana mematikan lamunan Orked yang sedang termenung jauh.
Orked bangun. Tiba tiba saja dia dipeluk erat oleh cikgu Nana. "Err... Cikgu?" dia jadi kaget.
"Mari saya hantar kamu pergi hospital. Your.. Your.."
"Ha?"
Cikgu Nana pandang sayu wajah anak muridnya. "Parents Orked. Acc.. Accident."
Allahu.
Umi. Abi.
Terasa ada batu menghempap dirinya sekarang. Pandangan mata mulai kabur sebelum semuanya bertukar kelam.
Ya Allah, kau selamatkanlah umi dan abi.
Fear not, surely Allah is with us { At-Tawbah 9:40 }
*
"Holding on to hope when everything is dark, is the greatest test of faith." - Yasmin Mogahed
They won't come home tonight.
Tak ada lagi bebelan umi di pagi hari.
Tak ada lagi abi yang sudi jadi driver.
Tak ada lagi nak bermanja dengan mereka.
"Orked... Janganlah macam ni sahabat." sebak hati Fatin melihat Orked yang ceria, yang penuh muslihat jadi senyap. Bisu tanpa bicara.
Tubir mata terasa hangat. Dia mengukir senyuman pahit. "Aku dah tak ada sesiapa."
Cikgu Nana rasa simpati. "Awak ada saudara mara lain tak?"
Kepela digeleng perlahan. "Boleh je hantar saya kat rumah anak yatim." mendatar dan lirih bunyinya.
"Awak jadi anak angkat saya ya?" pinta cikgu Nana.
"Saya cuma anak yatim piatu. Saya dah tak ada umi dengan abi lagi."
Badan anak muridnya dipeluk erat. Di ruang koridor hospital Orked menangis sepuas-puasnya.
Orked rindu umi.
Orked rindu abi.
Orked rindu abi.
*
Selama sebulan setengah Haziq dan Faizul membantu Orked, menyiapkan mural angkasa lepas. Dan selama tempoh itu jugalah dia dah tak dengar suara ceria milik gadis genit itu. Yang ada cuma wajah sedih.
Kehilangan itu sesuatu yang menyakitkan.
Dan dia juga rasa hilang sesuatu. Dia hilang Orked yang dulu.
Kakinya melangkah menuju kantin. Dia tercari-cari kelibat seseorang di sebalik budak menengah atas. Tapi hampa.
Entah kenapa hatinya tergerak untuk pergi di belakang blok. Dan pencarian membawa hasil. Di situ dia lihat gadis yang suatu ketika dulu nakal kini jadi pendiam.
"Kenapa kau tenung mural tu macam nak tembus?" dia mengambil tempat di sebelah Orked.
Orked bangun. "Saya masuk kelas dulu." pamit Orked.
*
Hari berganti minggu.
Minggu berganti bulan.
Pejam celik pejam celik dah hari terakhir mereka di sekolah ini.
Pejam celik pejam celik dah hari terakhir mereka di sekolah ini.
Di belakang bangunan blok. Orked duduk bersendirian. Hari ini tak belajar dan masing masing merayau.
Dia bersandar pada dinding. Mata dipejam rapat. Tanpa sedar bibirnya menyanyi sebuah lagu. Lagu yang dia selalu nyanyi tatkala Fatin sedang berduka lara.
It started out as a feeling
Which then grew into a hope
Which then turned into a quiet thought
Which then turned into a quiet word
And then that word grew louder and louder
'Til it was a battle cry
I'll come back when you call me
No need to say goodbye
I miss my umi...
And it's been months.
Sekarang cikgu Nana jadi mummynya.
Mummy yang sangat penyayang.
Just because everything's changing
Doesn't mean it's never been this way before
All you can do is try to know who your friends are
As you head off to the war
Pick a star on the dark horizon and follow the light
You'll come back when it's over
No need to say goodbye
You'll come back when it's over
No need to say goodbye
I miss my abi...
Rindu nak sakat abi.
Rindu nak lawan badminton dengan abi.
Rindu nak sakat abi.
Rindu nak lawan badminton dengan abi.
Now we're back to the beginning
It's just a feeling and no one knows yet
But just because they can't feel it too
Doesn't mean that you have to forget
Let your memories grow stronger and stronger
'Til they're before your eyes
You'll come back when they call you
No need to say goodbye
You'll come back when they call you
No need to say goodbye
Dan yang paling dia rindu...
Dia rindu nak solat berjemaah dengan keluarganya.
"Boleh tahan suara kau." sapa Haziq yang kebetulan ada di situ. Sebenarnya dia memang dah ada sebelum gadis itu lepak di sini.
Orked celik. Dia pandang sebelah. Sunbae sepet. Gadis itu mengoyak senyum.
"Nah untuk kau. Buat kenangan. Hari ni last day kita jumpa." Haziq menghulur sehelai kertas. Huluran bersambut. Serentak itu pelajar tingkatan lima itu pergi. Tinggal Orked berseorangan di laman seni.
'Dia mungkin tarik dua nikmat daripada kau. Tapi kau kena tetap percaya pada takdir Allah. Allah does not burden a soul beyond that it can bear. Jaga diri budak. Berdoalah supaya suatu hari nanti kita akan bertemu kembali. And when the time comes, I want to see the mischievous Orked. Like the first time I met Amalyn Orked.'
Dan bibir munggil itu tersenyum manis
Verily, with every hardship come ease { al-Inshirah 94:6 }
Dia rindu nak solat berjemaah dengan keluarganya.
"Boleh tahan suara kau." sapa Haziq yang kebetulan ada di situ. Sebenarnya dia memang dah ada sebelum gadis itu lepak di sini.
Orked celik. Dia pandang sebelah. Sunbae sepet. Gadis itu mengoyak senyum.
"Nah untuk kau. Buat kenangan. Hari ni last day kita jumpa." Haziq menghulur sehelai kertas. Huluran bersambut. Serentak itu pelajar tingkatan lima itu pergi. Tinggal Orked berseorangan di laman seni.
'Dia mungkin tarik dua nikmat daripada kau. Tapi kau kena tetap percaya pada takdir Allah. Allah does not burden a soul beyond that it can bear. Jaga diri budak. Berdoalah supaya suatu hari nanti kita akan bertemu kembali. And when the time comes, I want to see the mischievous Orked. Like the first time I met Amalyn Orked.'
Dan bibir munggil itu tersenyum manis
Verily, with every hardship come ease { al-Inshirah 94:6 }
*
10 years later.
"Morning everybody!" ujar Orked ketika menuruni tangga. Di meja makan kelihatan cikgu Nana, Encik Asymer serta Ifwat sedang menanti ketibaan tuan puteri.
Ifwat kembungkan pipi. "Lambatnya akak turun. Tahu tak perut Ifwat dah bernyani." omelnya. Satu-satunya anak tunggal cikgu Nana dan Encik Asymer.
Orked hanya tersengih. Rambut Ifwat yang dah sedia messy dia usik. Sudahnya Ifwat monyok mengundang tawa mereka sekeluarga.
"Hari ni first day kamu kerja kan?" tanya Encik Asymer prihatin.
Orked angguk. Nasi lemak mummynya disuap. Yummy! Hasil air tangan mummy sedap walaupun tak dapat menandingi kesedapan masakan uminya. Ya dia bersyukur apa adanya.
"Kerja elok-elok. Haih. Papa ajak kerja dengan papa kamu tak mahu. Kerja kat studio tu jugak yang dicari."
"Minat dia bang. Makanlah Orked. Takut lambat nanti. Ha Ifwat! Cepat sikit makan Pukul lapan nanti kamu ada kelas tambahan kan?"
"Yes mummy."
"Aye Aye captain."
*
Pitu kaca ditolak. Saat dia melangkah masuk buat pertama kalinya hati dah terpaut suka.
Derapan langkah semakin kuat didengari.
"Kau lambat dua minit."
Orked pusing. Erk? Lambat dua minit je pun. Hatinya mengutuk.
Lelaki di hadapannya pandang Orked tajam. Seperti sedang menganalisa penjenayah lagaknya. "Mulut muncung. Muka cemberut. Kau kutuk aku ke?" suara garau itu memetir lagi.
"Tak encik." Orked menunduk. Baru hari kerja dah kena petir. Hailaa...
Haziq melangkah pergi. Tapi dia terhenti sekerat jalan. "Siapa nama kau?"
"Amalyn"
"Kau tahu tak siapa aku?"
Senyap.
Tak tahu lah tu. "Aku Haziq. Patner Fiya. I bet Fiya yang ambil kau kerja kan?"
Haziq. Sama macam nama Sunbae sepet. Muka? Lagi kacak putera hati dingin tu. Garang? Haziq yang ini terlebih garang. Tak macam Sunbae Haziq. Mata pun sama sepet macam Haziqnya. Erk? Haziqnya?
Pintu dikuak. Muncul kelibat Afiya.
"Orked! Datang pun kau." jerit Afiya sambil memeluk sahabatnya.
Haziq tersedak. Orked?
My precious?
"Tadi Haziq ada buli kau tak?" sengaja Afiya menjeling sahabat baiknya.
"I'm too kind for that shit babe."
"Gila poyo!"
*
"Patner kau tu hati beku apa? Pandang aku macam aku ni pesalah yang nak kena jatuhkan hukuman gantung. Hesyy! Rasa nak tumbuk je muka sepet tu." adu Orked ketika mereka sedang menjamu selera di sebuah restoran berdekatan.
"Kalau dia tu beku, kau usha lah dia sampai tembok dia cair. Untung sabut aku boleh jadi pengapit kau." seloroh Afiya.
Aku pikat putera hati beku tu?
Kerja gila!
*
Matanya tak berkelip memandang lukisan yang digantung oleh Haziq sebentar tadi. Dia menyisip air teh.
Laman seni di belakang blok.
Ada seorang budak perempuan di situ.
Duduk seorang diri menghadap mural.
It's feel like Dejavu.
"Tajuk lukisan tu My Precious." jawab Afiya.
Berkerut dahi Orked. "Meaning?"
"Haziq suka budak yang ada kat dalam lukisan tu. He said one day he will meet that little girl."
Erk. Feels like her heart skip a beat.
"Aku balik dulu! Ada hal!"
*
Di dalam bilik, gigih Orked menyelongkar kembali lukisan-lukisan lamanya. Harapnya lukisan itu masih ada lagi. Dan yes, dia dah jumpa.
Dua buah lukisan.
Satu lukisan tentang figura Sunbae sepet yang tengah blushing dan satu lagi hadiah daripada Sunbae sepet.
Flashback.
Sebalik bangunan Orked sedang mengintai seniornya yang tengah khusyuk melukis mural. Sambil nyanyi lagu Ed Sheeran pulak tu! Ya Allah! Boleh melting dia mendengar. Haish Amaly Orked Meor Arman! Ingat Allah! Ingat Allah!
Astaghfirullah. Dia geleng muhasabah diri. Be professional!
Loving can hurt
Loving can hurt sometimes
But it's the only thing
That I know
And when it gets hard
You know it can get hard sometimes
It is the only thing that makes us feel alive
We keep this love in a photograph
We made these memories for ourselves
Where our eyes are never closing
Hearts are never broken
And times are forever frozen still
So you can keep me
Inside the pocket
Of your ripped jeans
Holdin' me closer
Til our eyes meet
You won't ever be alone
Wait for me to come home
"Sunbae sepet the ice stoned!" sapa Orked ceria pada hari pertama mereka memulakan kerja.
Haziq mengusap dadanya. Ya Allah, kau kuatkanlah iman aku dalam melayani kerenah budak ni. "Apa dia Amalyn Orked?"
"which one do you prefer? take a photograph or draw?"
Nafas ditarik. Dan lepas. Ingat Haziq jangan melenting. "Both. Kalau macam potret ke apa aku lebih suka lukis sebab senang. Kalau yang complicated, ambil jelah gambarnya. Awak puas hati taaak?"
Orked senyum lebar. "Kalau mural ni dah siap, awak boleh tak ambil gambar saya nanti?"
Sunbae sepet inilah. Sunbae sepet itulah.
Automatik dia angguk. Iyakan sajalah apa saja permintaan budak manja ni.
"Terima kasih sunbae."
Haziq angguk.
"Sayang sunbae sepet to the moon and back!"
Sekali lagi dia angguk.
Err.. Wait a minute. Sayang? Mukanya dah merah.
"Ommo! Sunbae sepet blushinglah. Hahaha!"
Bertuah punya budak! Nak aje dia luku kepala si Orked. Semalam dah terkena. Takkan hari ni terkena jugak. Hadoi!
*
Dan dia si sunbae sepet the ice stoned prince. Mamat hati beku.
"Amalyn Orked."
"Sunbae sepet."
Serentak mereka berkata.
Haziq senyum sambil gelengkan kepalanya. Jarang dia nak senyum. "Masih panggil sunbae sepet huh?"
"Sunbae makin drop dead gorgeous." sakat Orked.
Yeah. That's my precious. "Ya aku tahu. Jangan pandang lelama. Nanti kau tergoda."
"Err.. Perasannya!"
"Dah tengok lukisan my precious?" Haziq toleh pada lukisan yang tergantung di hujung sudut galeri.
Orked angguk.
"Suka?"
Dan sekali lagi dia mengangguk.
"Marry me then?" selamba badak Haziq bertutur.
Angguk.
Sesaat kemudian...
"Awak kenakan saya!"
"My precious honey boo, you already said yes. Mana boleh tarik balik kata kata sayang. And yes kita dah dikira seri."
When I saw you, I fell in love, and you smiled because you knew.
- William Shakesspear
-TAMAT-
bestnya baca cerpen :-)
ReplyDeleteterima kasih awak :)
DeleteBest… love your writing skill:-)
ReplyDeleteMy writing skill tak sehebat penulis lain. Terima kasih sebab sudi baca awak
Delete