"Mereka kelihatan bahagia sangat." Zureen berkata perlahan. Tanpa sedar ada air menitis. Remuk hatinya ketika terserempak dengan bekas tunangnya bersama wanita lain. Wanita lain yang kini sudah menjadi isteri sah Zikri. Zikri, kenapa bukan aku?
"Buat apa kau nak sedih ni? Orang datang pantai nak enjoy bukannya nak menangis bagai nak rak!"
Zureen menoleh belakang. Mamat ni lagi? Siapa dia yang sebenarnya? Kacau daun betul!
"Kau tengah intai pasangan honeymoon tu ke?" Zureen tersentak. Pantas dia menggeleng.
"Kau teringatkan siapa?" soal lelaki itu lagi.
"Seseorang yang dekat tapi jauh. Kau tak perlu tahu." mata Zureen masih lagi tertumpu pada Zikri dengan pasangannya.
"Dekat tapi jauh. Mesti cinta tak kesampaian ni." tanpa dipelawa dia terus duduk di sebelah Zureen.
Zureen mencebik. Memandai aje.
"Kau nampak bermasalah. Nak kongsi cerita dengan aku? Aku pendengar yang baik." katanya sambil tersenyum menampakkan barisan giginya yang cantik
Tiba-tiba saja Zureen bangun dari tempat duduknya dan melangkah pergi. Lelaki itu turut bangun nak mengejar Zureen. Pantas dia meraih pergelangan Zureen. Zureen mulai bengang.
"Kau dah kenapa bro? Pegang tangan orang sesuka hati ni?"
"Ops! Sorry. Kenapa kau pergi macam tu saja?"
"Suka hati akulah nak pergi mana pun! Yang kau nak kisah apa hal! Aku kau saling tak kenal. Just mind your own buisness!" tempelak Zureen. Wajahnya kala ini serupa singa betina kehilangan anaknya.
"Kita saling tak kenal? Are you sure?"
Zureen mengerutkan dahinya. "Apa maksud kau?"
"Okaylah. Aku gerak dulu. Ada masa nanti kita jumpa lagi. Dalam tempoh ni, kau ingatkan balik siapa aku yang sebenarnya." ujar lelaki misteri itu. dengan sekelip mata dia berjaya melenyapkan diri dari pandangan Zureen.
~~~~~
Zikri, please be mine.
Zikri, I want you.
Zikri, I miss you.
Zikri, how could you.
"Zureen, he's married already. Forget about him. Move on girl." balas lelaki misteri itu. Tiba-tiba saja munculkan diri.
Zureen terkejut. Macam mana dia boleh tahu ni? "Aku dah lama move on."
"Oh yeah? Move on ke namanya bila setiap kali kau teringat pasal dia, kau nangis? Apa hebatnya dia sampai kau tak pandang lelaki lain eh?"
Zureen diam membisu. Ya Zureen, apa hebatnya Zikri tu? hatinya menyoal.
"My first love."
"Zureen, tak semestkinya first love akan kekal menjadi last love. Aku percaya Allah dah ciptakan seorang Adam untuk kau. And please, forget that guy."
Gadis itu memandang lelaki di sebelahnya. "Siapa sebenarnya kau? Macam mana kau boleh kenal aku?"
Lelaki itu ketawa nipis. "Zureen. Zureen. Zureen. Aku yang kau dah lama kenal pun kau lupa. Si Zikri tu jugak yang kau ingat. Yalah, aku sedar diri."
"Mr. Knowbody, could you tell me your real name? Why on earth aku kena jumpa kau. Cheesy!"
Lelaki itu berpeluk tubuh. "Kalau kau nak tahu siapa aku, go and find your so called bestfriend. Let me recall his name, Hifzhan Imtiyaz. I'm sure he will help you."
Hifzhan? Otaknya ligat berputar untuk mengingati nama itu. Hifzhan Imtiyaz... Macam mana aku nak cari dia sedangkan aku dah lama putus jejaknya!
"Remember him?"
Zureen mengangguk. Terimbau kenangan silamnya bersama seorang budak bernama Hifzhan Imtiyaz. Lelaki yang menjadi sahabat baik sejak dia menjangkau umur tiga belas tahun. Waktu itu Hifzhan saja yang sanggup untuk menjadi sahabatnya bila masa teman-teman yang lain tidak mahu menjalinkan persahabatn dengannya kerana fizikalnya yang comel.
Kadang-kadang terlintas juga di fikirannya, Hifzhan yang kacak, baik hati serta kapten softball sanggup untuk menjadi temannya. Sepanjang mereka berkenalan, Hifzhan Imtiyaz bagaikan seorang abang yang sentiasa melindunginya setiap kali dia dicerca oleh budak nakal. Menjadi teman yang menghiburkan tatkala dia sedang berduka. Oh Hifzhan. where are you?
~~~~~
Apa kaitan Hifzhan dengan mamat misteri tu? Bila difikirkan kembali, lelaki itu memiliki sepasang mata hazel sebijik dengan mata kawan baiknya. Behind the hazel eyes, I will find you Hifzhan Imtiyaz.
"Oh my Allah!" hanya itu yang terpacul dari bibirnya. Secawan mocha berjaya disedut sekelip mata. Ohmai. Ohmai. Tak mungkin!
"Eh Zu!" Zikri datang menyapa bersama isterinya. Zureen saling bersalaman dengan Nasha, isteri Zikri.
Mereka duduk bertentangan. Terbit rasa cemburu pabila melihat kemesraan yang ditunjukkan di hadapannya. Zureen, be strong!
"Macam mana you sekarang? Kalau you nak tahu, Nasha is a fan of your novel." tersipu-sipu Nasha jadinya. Zureen tersenyum.
"Still the same. Tak ada perubahan. And I nak beritahu yang I akan berkahwin tak lama lagi." lancang aje mulutnya berkata.
"Congrats! Whose the lucky prince?" ujar Nasha.
Err... Apa nak jawab ni?
Ting!
Zureen dapat menangkap kelibat seorang lelaki yang baru saja memasuki kafenya. Lelaki itu berjalan menuju ke arah dirinya bersama sebuah senyuman seksi. Hamboi kau Zureen!
"He's the lucky one." dengan penuh yakin Zureen berkata.
"Assalamualaikum everybody. And you must be Zikri right?" tebak lelaki itu.
Zikri menangguk bersama senyuman tipis. "Hifzhan. Hifzhan Imtiyaz." lelaki memperkenalkan dirinya. Kan betul apa yang aku fikir!
"Tak sangka si Zu ni pilih you. Congrats from me I supposed?"
Zureen membisik sesuatu di telinga Hifzhan. "Oh yeah. After 10 years I waited for her. At last she will be mine." Hifzhan menggenggam erat jemari Zureen.
10 years? Dia tunggu aku?
~~~~~
P/s : any ideas untuk penutup? sungguhlah saya tak tahu..... (help me!)
takpe, sure ilham akan datang untuk penamatnya..tp kadang2 tanpa penamat pun ok.. biar pembaca bermain dengan sisi imaginasi sendiri
ReplyDeleteohh,, gitu..
Deletemaknanya biar jelah tak berpenamat.. muahaha... senang sikit.