Skip to main content

Kistot : Broken Frame

Kaca bertaburan dek kerana seluruh bingkai gambar yang tergantung itu jatuh. Diambilnya salah satu gambar lama dan ditatap.
2014 - 3RK2
'Scandal Classmates forever!'
Satu persatu wajah pelajar pelajar yang ada di gambar diperhatikan. Senyuman nipis terlakar. Ya, dia masih ingat lagi mereka.
Mereka yang dikenali sebagai sahabat. Sahabat umpama keluarga. Tahun yang banyak memberi makna apa itu persahabatan.
Tahun di mana mereka mengambil PT3. First batch gaiss! Adanya SIBS dan 7SIS. Tak lupa juga dengan TMJ.
Ingat lagi ketika bermain Truth or dare. Mra dan Qem memilih cabaran. Mereka disuruh untuk mengungkap cinta pada dua orang senior.
Waktu ambil gambar kelas? Gila tak best! Tudiaa keluarga RK2. Biarpun menjadi bualan guru kerana sikap yang negatif, siapa sangka mereka juga yang keluar ke teknik dan vokay. Terdiam cikgu dibuatnya. 
Cikgu cikgu yang ajar gila sporting! Nak nak lagi bila subjek BM. Ambil gambarlah, berguraulah.
Dan paling rindu nak guna correction tape. Satu correction tape, kongsi sekelas. Hahaha
Avenged Sevenfold. Tu band kegemaran seisi kelas. Bila sorang nyanyi, nanti yang lain mula terikut. Buku Fixi pula kegilaan mereka.  Mana taknya tiga per empat dari kelas penggemar Fixi!
Makan nasi ambang pun kat dalam kelas sambil open table pada waktu rehat. Kalau seludup barang, diri tak risau sebab adanya stor simpanan buat barang barang haram.
Waktu kegemilangan. Khas buat kalian, kita tetap sekeluarga.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Prompt Writing #4

  Luke tersengih sengih saat gadis kesayangannya tiba di perpustakaan. Sengaja dia duduk di tempat biasa gadis itu. Apa lagi seronok dari tengok seketul Eva menahan marah? Hehe. Oh bukannya dia tak tahu consequences. Dia tahu dan dia tak ambil peduli. Apa yang penting dia dapat menyakat Eva. "Hey sayang." Katanya sambil mengenyit mata.  Eva yang lalu hanya buat tak tahu. Sumpah menyirap. Sumpah geli dengan kelakuan Luke. Kalau boleh mahu aje ditikam dan disiat siat lelaki itu! Eva tak tahulah apa yang malang sangat hidupnya sampai ditakdirkan untuk bersilang langkah dengan Luke.  Luke Walker.  Siapa saja tak kenal gerangan empunya nama itu. Oh everybody knows him. Satu fakulti kenal! But the truth is, Luke Walker is nothing more than a douchebag. Tak lebih tak kurang.  Disebabkan tempat biasa telah di-hijact Luke, Eva terpaksa ke kaunter untuk meminta satu kubikel untuk dirinya. Kalau boleh, nak saja dia mengamuk depan lelaki itu agar terus berhenti kacau d...

Cerpen : Sepet The Ice-Stoned Prince

Salam dan hai. Orked menunggu sahabatnya di pondok bacaan berdekatan surau sekolah. Sabar menanti sahabatnya datang bersama dua bekas polisterin berisi nasi ambang. Sejak 10 minit lepas batang hidung Nisya tak kelihatan. Haih, mesti tersangkut dalam jem tu.  Sibuk dia termenung memikirkan Nisya, ada satu suara asing menyentak lamunannya. "Ehem!!" "Awak batuk ke? Kalau batuk, pergi bilik kesihatan mintak ubat batuk cap ibu dan anak. Kompem baik." jawabnya ramah. Walhal sebenarnya dia perli dalam diam. "Cikgu Sharil nak jumpa." balasnya dingin. Sempat dia menjeling Orked. Dingin betul. Terasa kesejukkannya. "Kat mana? Tapi saya belum makan lagi ni." Orked buat muka sedih.  "Lepas makan jumpa cikgu terus. Cikgu nak bincang pasal laman seni belakang bangunan sekolah." Oh ya. Hampir terlupa dia bahawa dia perlu membantu cikgu Sharil dalam menjayakan laman seni sekolah. Orked angguk mengerti. ...

Kistot : Target

" Aku taknak jadi pembunuh lagi ." Reel campak sepucuk revolver jauh darinya. Serta merta kepalanya sakit. Telinganya jd bingit. Darah mula mengalir setitik dari lubanh telinga dan lubang hidung. "Dajei. Sakit lah lekhnet! Okay okay aku buat."  suaranya separuh menjerit. Tidak tahan dengan kesakitan yg dialaminya. Telinga tidak lagi bingit dengan jeritan yang menyaringkan. Begitu juga sakit kepalanya sudah hilang. Reel mengeluh. Mahu tak mahu dia harus selesaikan misi yang diberi. Pisau rambo di atas meja dicapai. Kemudian dia terus bergerak mencari mangsa yang terakhir. Dia sendiri tidak mengerti apa yang berlaku sekarang. Mindanya berada dalam keadaan separa sedar. Seolah olah ada sesuatu yang mengawal mindanya dan terus terusan menerima arahan dari seseorang. Tapi bunuh? BUNUH. Seumur hidupnya, entah kali ke berapa tangannya telah meragut nyawa manusia lain. Dia tak pasti bilangan mayat yang sudah direntap nyawa dari jasad. Random people at random time...