Skip to main content

Cerpen :Tentang Kita



"I want Dzul Ehsan! Aaaaa!!!" jerit Ayla separa sedar. Dia menyeka air mata yang titis. Sungguhlah kak Azwani berjaya buat dirinya menangis kecewa kerana Dzul Ehsan sudah pun dimiliki Anith Fitriah. Melepas aku!

Walaupun sudah berulang kali dikhatamnya, buku itu tetap menjadi pujaan hati. Hisy! Sangat klise cik Tengku Safi Ayla ni yek. Masih ada lagi ke 'Dzul Ehsan' di luar sana? Okay stop with all this nonsence! Bonda kata boleh timbul jerawat nanti kalau banyak berangan. Oh tidak!

"Ceh, drama Queen." cebik Eva. Sedari tadi dia khusyuk memerhati The Queen of Drama. Meluat betul melihat adik kembarnya. Langsung tiada sifat perwatakan Diraja dalam diri adiknya itu. Oh ya, lupa pula dia. Sejak kecil lagi mereka memang dipisahkan. Abahnya, Tengku Awatif membesarkan Eva di dalam suasana istana yang penuh dengan protokol sementara bondanya, Tengku Mazni membesarkan adik kembarnya dengan suasana bersama rakyat jelata. Mereka hanya berkesempatan untuk berjumpa pada hujung tahun saja.  Dia sendiri tidak faham kenapa bonda dan abah membuat keputusan begitu.

Ayla mengangkat wajahnya. Dah kenapa pulak ni? "Ada aku kacau hidup kau? Mind your own business my dear twin."

Heh. Makin panjang muncung Eva mendengarnya. Sakit hati betullah! Setiap kali kembarnya pulang ke Istana, dia seolah-olah dipinggirkan oleh semua kaum kerabatnya. Termasuk kedua-dua abangnya, Tengku Haizan Ikhmal dan Tengku Ammar Farish. Itu yang membuatkan dia makin menyampah dengan kewujudan adik kembarnya.

Tanpa membuang masa, Elfi meninggalkan bilik bacaan. Biarlah kalau dia akan diceramah oleh abang sulungnya dia tidak kisah. Yang penting dia tidak betah duduk sebumbung bersama Safi Ayla!

"Tengku Eva Airina." Talk of the devil huh?

Dia berpaling. Yep, dia mendapati abang sulungnya sedang berjalan ke arahnya. Mukanya begitu serius. Eva berpeluk tubuh.

"Along ada perkara nak bincang."

"Yeah sure."

--

"Ayla nak balik rumah kita bonda."

Terkejut Tengku Mazni mendengarnya. Tapi riaknya tenang saja. "Ni kan rumah kita sayang. Rumah mana lagi yang Ayla maksudkan?"

"Our home in Damansara. Not in this palace which is far away from Malaysia. Bonda, Ayla tak rasa Ayla layak duduk di sini. I know nothing about the protocol and all those stuff. Bonda tak nampak ke layanan Eva tu macam mana? Layanan nenda Zafirah..."

"You don't like this place?"

Kepala digeleng perlahan. "Bonda, I'm 24 already. If you don't mind, I want freedom. Hidup seperti orang biasa tanpa mengira darjat. Tentang pelajaran, Ayla ingat nak sambung balik belajar dekat Malaysia."

"Abah izinkan. Tapi kamu akan tinggal di rumah kawan abah dan bonda. For your own safety."

"Don't tell me it will be a palace."

Dude, I hate when my life full of protocols!

--

"Tsk..tsk..tsk.. Tempat kau dah cukup baik tapi kau tetap nak datang sini. Pelik."

Ayla mencebir. Kenapalah bonda sanggup buat dia macam ni. Makin berasaplah Eva kat rumah bila dapat tahu adik kembarnya tinggal bersama dengan keluarga buah hatinya nanti. Hai bonda, bonda... "Suka hati akulah nak datang sini pun! Yang kau nak kisah sangat pahal?"

"Mestilah aku kisah sebab lepas ni aku akan jadi bodyguard kau 24 jam. Untuk kali kedua."

Lantas dia memalingkan wajah ke tingkap. Kalau dia tak sudi tengok muka aku ni, aku berjuta kali ganda tak sudi nak tengok muka dia!

"Aku tak nak balik rumah kau. Hantar aku kat memana hotel boleh tak." putus Ayla.

Zafar memandang tuan puteri di sebelah. Merajuk? Aku baru cuit sikit dah merajuk. "Selama kau belajar kat sini. Kau kena dengar cakap aku. Kalau tak aku report kat Tengku Awatif."

Sepi tanpa jawapan.

Cis! Budak ni dah tawar hati dengan aku ke? Parah ni!

--

Malam itu. Usai saja makan malam bersama keluarga Zafar, Ayla duduk di buaian di taman. Menikmati angin malam. Sementara Zafar memerhatikan dirinya di sebalik jendela dalam biliknya. Sepanjang mereka berada di sini, Ayla tak bersuara langsung apabila mereka bertembung. Kalau dengan orang lain mulut tu macam keretapi bergerak. Ada saja perkara hendak dibualkan.

Dia dah lancarkan perang dingin.

"Abang!" sampuk si adik perempuannya, Farisha.

Telinga adiknya dipiat. "Kenapa masuk tak ketuk bilik abang?" marahnya.

"Dah ketuk okay! Abang tu ha yang sibuk duk usha kak Ayla. Naik lenguh tangan orang sebab ketuk." katanya sambil mengusap ganas telinganya.

Zafar duduk di birai katil. "Nak apa datang bilik abang?"

"Saja. Abang..." meleret dia memanggil nama abangnya.

"Hmm.."

"Abang masih suka kak Ayla eh?"

Zafar jatuh rahang. Aku suka Ayla? Sikit la.

Lain pula yang keluar, "Tak ada masa nak bercinta dengan budak hingusan tu."

Farisha menjongket kening. "Yalah tu."

"Eh keluarlah! Abang nak tidur ni."

Segera dia bangkit dan menolak adiknya keluar dari tempat privasinya. Farisha hanya ketawa kecil dengan gelagat abangnya yang seorang ini. "Better abang Zafar pergi pujuk kak Ayla sebelum along yang tacle dia nanti. hahaha."

Pintu bilik ditutup dan dikunci. Segera dia mengintai bawah. Cepat cepat dia turun dan segera memanggil nama Ayla.

Tapi gadis itu buat tak tahu. Makin berasap jadinya apabila melihat kemesraan yang ditunjukkan oleh along.

--

Sepanjang seminggu begitulah keadaan mereka.

"Okay. Okay. Aku mintak maaf." ujarnya ketika mereka dalam perjalanan ke uni.

Ayla mencebik. "Jadi?"

"Jadi buah hati aku?"

Si gadis tersedak. "Ulang balik!"

Zafar sudah kalut. Macam manalah dia boleh terlepas cakap ni. "Err.. Maksud aku kita dah berbaik lah ni?"

"Tengoklah. Petang ni aku balik dengan along."

Hati yang tadi reda kembali berasap. Dia ni memang tau. "Apasal kau balik dengan along? Aku kan ada?"

"Dia dah janji nak bawak tengok Manisnya Cinta."

"Aku join sekali. Nanti aku mesej along yang aku hantar kau."

Ayla memandang Zafar macam nak telan hidup hidup. Geram betul!

--

"Ayla, tunggu!" jerit Zafar.

Si gadis berhenti tapi statik di situ tanpa memandang bodyguardnya yang kerek.

"Maaf sebab hubungan kita jadi macam ni. Dari dulu lagi sebelum kau pindah kerajaan Indra lagi. Dari dulu lagi aku ni jenis bad boy di mata kau. Maaf Safi Ayla."

Ayla menarik nafas dalam. "Tak ada lagi tentang 'kita'. Semuanya dah lama berakhir."

Zafar meraup wajahnya. Sudah lama dia tak bicara tentang hati ini. Sejak mereka putus tunang dua tahun lalu.

Dia berjalan mendekati gadis idamannya. Sekuntum bunga lavender digenggam. "Kita cuba. This time... I won't hurt you twice. Believe me Ayla. The truth is, I really do miss everything about 'us'. I miss you so much." Dia menghulur bunga lavender dari arah belakang Ayla.

"Percayakan aku."

-TAMAT-

p/s : so I'd tell you guys that they lived happy ever after at the end. hehe

Comments

  1. its a nice story. ringan. santai. mcm mna nk follow ur blog ni? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Amalina for the compliment :) dah lama sangat tak menulis sebenarnya. hehe
      Saya dah letakkan follower widget dah ^_^

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Prompt Writing #4

  Luke tersengih sengih saat gadis kesayangannya tiba di perpustakaan. Sengaja dia duduk di tempat biasa gadis itu. Apa lagi seronok dari tengok seketul Eva menahan marah? Hehe. Oh bukannya dia tak tahu consequences. Dia tahu dan dia tak ambil peduli. Apa yang penting dia dapat menyakat Eva. "Hey sayang." Katanya sambil mengenyit mata.  Eva yang lalu hanya buat tak tahu. Sumpah menyirap. Sumpah geli dengan kelakuan Luke. Kalau boleh mahu aje ditikam dan disiat siat lelaki itu! Eva tak tahulah apa yang malang sangat hidupnya sampai ditakdirkan untuk bersilang langkah dengan Luke.  Luke Walker.  Siapa saja tak kenal gerangan empunya nama itu. Oh everybody knows him. Satu fakulti kenal! But the truth is, Luke Walker is nothing more than a douchebag. Tak lebih tak kurang.  Disebabkan tempat biasa telah di-hijact Luke, Eva terpaksa ke kaunter untuk meminta satu kubikel untuk dirinya. Kalau boleh, nak saja dia mengamuk depan lelaki itu agar terus berhenti kacau d...

Kistot : Broken Frame

Kaca bertaburan dek kerana seluruh bingkai gambar yang tergantung itu jatuh. Diambilnya salah satu gambar lama dan ditatap. 2014 - 3RK2 'Scandal Classmates forever!' Satu persatu wajah pelajar pelajar yang ada di gambar diperhatikan. Senyuman nipis terlakar. Ya, dia masih ingat lagi mereka. Mereka yang dikenali sebagai sahabat. Sahabat umpama keluarga. Tahun yang banyak memberi makna apa itu persahabatan. Tahun di mana mereka mengambil PT3. First batch gaiss! Adanya SIBS dan 7SIS. Tak lupa juga dengan TMJ. Ingat lagi ketika bermain Truth or dare. Mra dan Qem memilih cabaran. Mereka disuruh untuk mengungkap cinta pada dua orang senior. Waktu ambil gambar kelas? Gila tak best! Tudiaa keluarga RK2. Biarpun menjadi bualan guru kerana sikap yang negatif, siapa sangka mereka juga yang keluar ke teknik dan vokay. Terdiam cikgu dibuatnya.  Cikgu cikgu yang ajar gila sporting! Nak nak lagi bila subjek BM. Ambil gambarlah, berguraulah. Dan paling rindu nak guna correctio...

Cerpen : Love Is You + Me (part2)

Assalamualaikum semua :D maaf lambat,, minggu lepas exam.. part2 dah lama siap tapi baru sempat nak update... Jangan marah ya ,, Enjoy reading =) ZARA menoleh belakangnya. Betapa terkejutnya dia bila lelaki itu muncul di belakangnya. Sejak kenal dengan lelaki ni, ada saja kejutan yang diterimanya. Tapi… Sejak bila pula dia ada ni? “Sejak bila jadi stalker tak bertauliah ni?” soal Zara. Syahir menjongkitkan bahunya. Tangannya di masukkan ke dalam poket seluar. Dengan selamba badak dia duduk di sebelah Zara. “Nama aku Syahir Adri. Bakal suami kau.” Lain yang disoal, lain pula jawapannya. What ?! Melopong Zara mendengarnya. Sah! Lelaki ni tak betul! “Encik Syahir Adri, saya langsung tidak berminat untuk menjadi bakal isteri awak. Berapa kali saya perlu beritahu, saya sudah berpunya dan tak akan pernah menjadi milik awak buat selamanya!” “Kalau awak tak percaya juga, let me inform you something . Nama bakal tunang saya ialah Tengku Adil Syakir Tengku Amran. So, tak p...