Skip to main content

#4 Love Is You + Me (part2)

  • Assalamualaikum dan hai.
  • Maaf atas kelewatan update entry. Hope you don't mind. Sekali lagi saya mohon maaf sebab lambat up Love Is You+Me.

zZARA melangkah masuk ke apartment Syahir tanpa perasaan. Riak beku. “Hmm… Bolehlah. Tapi lagi lawa rumah Adil.” Dalam diam sempat lagi nak kutuk. Apa nak jadi tak tahulah. Dia melihat seluruh inci interior deko apartment Syahir. Ciri-ciri arrogant. Memang sesuai sangat dengan lelaki itu.
            “My litte heaven! How I miss you!” Syahir melepaskan kerinduannya dengan merebahkan dirinya di sofa empuk.
            “Woi Zara!” jerit Syahir tiba-tiba. Matanya dipejam rapat. Zara pula mengetap bibir. ‘Aku kat depan dia pun kena jerit ke? Macamlah aku pekak sangat!’
            “Apa?”
            “Rule number one in this house, pergi balik kau biar aku yang hantar. Kau dilarang sama sekali untuk drive. Kalau aku dapat tahu kau drive sendiri siap kau. Kedua, kau mesti ada di rumah sebelum pukul enam petang. Kalau boleh jangan adakan kelas di malam hari ya. Ketiga, kau tidak dibenarkan keluar pada hujung minggu melainkan aku ada sama. No outing with your friend. Lastly, make sure rumah aku sentiasa kemas dan bersih tanpa seinci habuk. Untuk pengetahuan kau, aku alergi dengan habuk. Kemas rumah setiap hari. Do you understood Mrs. Zara?” matanya masih dipejam.
            Zara melopong. Mak aihh. Biar betul Syahir ni?! No driving. No outing with friends. No classes at night. Argh! This is so disaster! I can’t believe it! He is so jerk! Agrh!!
            “Dissagree! Tengku Syahir Adri, you are so jerk! I really hate you!” bantak doremon dibaling tepat ke arah Syahir. Segera dia mengambil beg bajunya dan berlari masuk ke dalam bilik. Ah! Peduli apa kalau salah bilik. Makan hati betul.
            Di dalam bilik Zara menjerit untuk melempias amarah yang masih berbaki. “Aku benci kau Syahir! Kau lelaki paling teruk yang pernah aku jumpa selama ini. Kenapa kau tak seperti Adil. Oh Adil, I really miss you so much. Why you make my life become complicated? Kenapa awak suruh saya kahwin dengan dia. Syahir tak macam Adil.”
            Di luar pintu, Syahir meraup mukanya berkali-kali. Jelas pada pendengarannya. Setiap bicara gadis itu seolah menyeksa hatinya. Lagi sekali Adil menang. Dia kalah tanpa sempat bertanding. Begitu dalamkah dendam Zara terhadap dirinya?
            Syahir bersandar di tepi dinding. “Aku tak layak ke untuk kau Zara?”
***

Pendek je kali ni sebab ini part2.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Prompt Writing #4

  Luke tersengih sengih saat gadis kesayangannya tiba di perpustakaan. Sengaja dia duduk di tempat biasa gadis itu. Apa lagi seronok dari tengok seketul Eva menahan marah? Hehe. Oh bukannya dia tak tahu consequences. Dia tahu dan dia tak ambil peduli. Apa yang penting dia dapat menyakat Eva. "Hey sayang." Katanya sambil mengenyit mata.  Eva yang lalu hanya buat tak tahu. Sumpah menyirap. Sumpah geli dengan kelakuan Luke. Kalau boleh mahu aje ditikam dan disiat siat lelaki itu! Eva tak tahulah apa yang malang sangat hidupnya sampai ditakdirkan untuk bersilang langkah dengan Luke.  Luke Walker.  Siapa saja tak kenal gerangan empunya nama itu. Oh everybody knows him. Satu fakulti kenal! But the truth is, Luke Walker is nothing more than a douchebag. Tak lebih tak kurang.  Disebabkan tempat biasa telah di-hijact Luke, Eva terpaksa ke kaunter untuk meminta satu kubikel untuk dirinya. Kalau boleh, nak saja dia mengamuk depan lelaki itu agar terus berhenti kacau d...

Kistot : Broken Frame

Kaca bertaburan dek kerana seluruh bingkai gambar yang tergantung itu jatuh. Diambilnya salah satu gambar lama dan ditatap. 2014 - 3RK2 'Scandal Classmates forever!' Satu persatu wajah pelajar pelajar yang ada di gambar diperhatikan. Senyuman nipis terlakar. Ya, dia masih ingat lagi mereka. Mereka yang dikenali sebagai sahabat. Sahabat umpama keluarga. Tahun yang banyak memberi makna apa itu persahabatan. Tahun di mana mereka mengambil PT3. First batch gaiss! Adanya SIBS dan 7SIS. Tak lupa juga dengan TMJ. Ingat lagi ketika bermain Truth or dare. Mra dan Qem memilih cabaran. Mereka disuruh untuk mengungkap cinta pada dua orang senior. Waktu ambil gambar kelas? Gila tak best! Tudiaa keluarga RK2. Biarpun menjadi bualan guru kerana sikap yang negatif, siapa sangka mereka juga yang keluar ke teknik dan vokay. Terdiam cikgu dibuatnya.  Cikgu cikgu yang ajar gila sporting! Nak nak lagi bila subjek BM. Ambil gambarlah, berguraulah. Dan paling rindu nak guna correctio...

Cerpen : Love Is You + Me (part2)

Assalamualaikum semua :D maaf lambat,, minggu lepas exam.. part2 dah lama siap tapi baru sempat nak update... Jangan marah ya ,, Enjoy reading =) ZARA menoleh belakangnya. Betapa terkejutnya dia bila lelaki itu muncul di belakangnya. Sejak kenal dengan lelaki ni, ada saja kejutan yang diterimanya. Tapi… Sejak bila pula dia ada ni? “Sejak bila jadi stalker tak bertauliah ni?” soal Zara. Syahir menjongkitkan bahunya. Tangannya di masukkan ke dalam poket seluar. Dengan selamba badak dia duduk di sebelah Zara. “Nama aku Syahir Adri. Bakal suami kau.” Lain yang disoal, lain pula jawapannya. What ?! Melopong Zara mendengarnya. Sah! Lelaki ni tak betul! “Encik Syahir Adri, saya langsung tidak berminat untuk menjadi bakal isteri awak. Berapa kali saya perlu beritahu, saya sudah berpunya dan tak akan pernah menjadi milik awak buat selamanya!” “Kalau awak tak percaya juga, let me inform you something . Nama bakal tunang saya ialah Tengku Adil Syakir Tengku Amran. So, tak p...